Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tajam senjata musuh pun undur, Mengertak masuk seperti kuda; Pejamkan mata tak mahu tidur, Rupanya tuan datang menggoda.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah minta undur jangan, Badan muda sedang melawan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah didekat undur jangan, Orang muda segan melawan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tak beli jangan dibelek, Kata orang bijak cerdik; Kalau dah undur terkam balik, Itu tanda umur nak pendek.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Batu Pahat Sungai Kundur, Tempat tumbuh paku dulang; Kalau jahat baiklah undur, Jangan menyakit hati orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dayang molek menggoreng telur, Sudah digoreng dalam kuali; Jika malu jangan undur, Saya tidak mungkir janji.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Ali membelah kundur, Kundur terletak atas papan; Apa jadi saya tak undur, Tumpah darah atas papan.
Tesaurus
 
undur
Kata Terbitan : berundur, mengundur, mengundurkan, pengunduran,

Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.



Lihat selanjutnya...