Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu.

Takrif

Berpura-pura melawan, meskipun kesanggupan sudah tidak ada lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar.

Takrif

Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak.

Takrif

Dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
undur
Kata Terbitan : berundur, mengundur, mengundurkan, pengunduran,

Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.



Lihat selanjutnya...