Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Jawapan tuan bagi "reverse parking" diertikan sebagai "letak kereta undur" atau "letak kereta secara mengundur" dirujuk. 1. Adakah sesuai saya ertikan sebagai "letak kenderaan undur"? 2. Apa perbedaan antara perkataan "kenderaan" dengan "kendaraan"? | Sekiranya merujuk kepada pelbagai jenis kenderaan, tuan boleh menggunakan "letak kenderaan undur." Untuk makluman, perkataan "kendaraan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh diigunakan. | Istilah | 06.09.2012 |
Apakah perkataan bm untuk back date / back dated? | Back date/back dated diterjemahkan kepada undur tarikh. Klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=back+dated untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.07.2015 |
Assalamualaikum. Mohon khidmat tuan untuk istilah berikut: "Reverse Parking" Terima kasih. Wassalam. | Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur. | Istilah | 04.09.2012 |
I. BAHASA MELAYU BAGI 'REVERSED PARKING'' II. HAD LAJU 30KMJ ATAU HALAJU 30KMJ ?? | i. Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur. ii. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju. Maka yang betul ialah Had Laju 30 KM/J | Makna | 10.04.2017 |
Apakah penggunaan bahasa atau ejaan yang sesuai bagi 'secara kebelakang'? Atau kebelakangan? Atau 'ke belakang'? *backdated jika di dalam bahasa English. Terima kasih. | Back date/back dated diterjemahkan kepada undur tarikh. | Istilah | 18.08.2017 |
Salam 1Bahasa, 1. Ayat: a. Dalam perlawanan bola sepak... b. Pada perlawanan hoki itu... c. Di kejohanan Euro... d. Pada kejohanan Euro... Yang manakah yang tepat? 2. Sila letakkan kenderaan anda dalam keadaan "Reverse Parking". Dalam bahasa Melayu, terjemahannya, bagaimana? Terima kasih. | 1. Frasa satu dan dua betul dan penggunaan salah salah satu daripada ftrasa bergantung pada konteks ayat yang digunakan. 2. Yang betul ialah "reverse gear" terjemahannya ialah gear undur. | Tatabahasa | 06.07.2012 |