Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KAD UCAPAN

Kad ucapan ialah tanda bagi sesuatu peristiwa

yang istimewa atau yang mengandungi ucapan alu-aluan

kepada orang yang menerimanya.

UMUM
AUGUSTINE, SAINT

Augustine, Saint (354430) merupakan salah

seorang pemimpin awal gereja Kristian yang

terulung. Hasil tulisannya mempunyai pengaruh

yang kuat kepada pemikiran agama Kristian pada

Zaman Pertengahan. Idea Augustine juga diambil

oleh John Calvin, Martin Luther dan reformis

Protestan lain dalam ucapan-ucapan mereka.

Dia mempengaruhi ahli falsafah seperti

Immanuel Kant dan Blaise Pascal.

UMUM
TALKINPerlakuan mengajar ucapan kalimah syahadah dengan membisikkannya pada telinga seseorang mukmin yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan sakaratul maut.AGAMAKonsep
ADJEKTIF

Adjektif ialah sebahagian daripada ucapan yang

memerikan, mengekod atau membataskan kata nama

atau kata ganti. Adjektif dikatakan menerangkan kata

atau kata ganti nama.

UMUM
SENI PIDATO

Seni pidato ialah seni kemahiran bercakap.

Ia juga dikenali sebagai retorik . Pemidato ialah

penutur yang cuba mempengaruhi pendengar

dengan ucapan yang petah. Pemidato mengikut

peraturan seni berpidato.

UMUM
DEMOSTHENES

Demosthenes (384?322 S.M.) ialah negarawan

Athens dan dianggap sebagai pemidato Yunani

yang termasyhur. Dia terkenal kerana Philippics,

iaitu beberapa siri ucapan yang menentang Raja

Philip II dari Macedonia sebagai ugutan bagi

kebebasan orang Greek. Hari ini, istilah philippic

bererti ugutan yang tajam.

UMUM
KHUTBAH

Khutbah, ucapan atau pidato yang ditujukan kepada kumpulan orang ramai bertujuan menyampaikan nasihat dan peringatan supaya mereka bertakwa kepada Allah SWT.

AGAMAKonsep
INTONASI BAHASA MELAYUINTONASI BAHASA MELAYU, lagu atau ragam suara yang berirama dengan naik turunnya nada dalam ucapan.BAHASAKonsep
TELEVISYEN

Televisyen, juga dikenali sebagai TV, adalah salah

satu kaedah komunikasi yang paling penting. Ia

membawa gambar dan suara dari seluruh dunia ke

berjuta-juta rumah. Komunikasi satelit di angkasa

lepas menyiarkan gambar TV merentasi lautan dan

benua. Pemilik peti televisyen boleh berada di rumah

dan menonton pemimpin negara membuat ucapan

atau lawatan ke negara luar. Mereka boleh

menyaksikan peperangan yang sedang berlaku dan

melihat bagaimana pemimpin kerajaan berusaha

untuk mewujudkan keamanan. Melalui TV, penonton

dapat melihat dan belajar tentang manusia, haiwan,

pelbagai perkara lain dari negara-negara yang jauh.

Berjuta-juta manusia di seluruh dunia boleh

menonton rancangan sukan, seperti Sukan Olimpik,

dan pelbagai peristiwa lain yang menarik di dunia.

Televisyen juga membawa penonton keluar dari

dunia ini melalui liputan dari penerbangan angkasa.

Selain itu, televisyen juga menyediakan pelbagai

rancangan tetap yang direka khas untuk menghibur.

Sebenarnya, TV menyediakan banyak rancangan

hiburan berbanding dengan rancangan lain.

Rancangan itu termasuk drama; komedi ringan; siri

fiksyen, yang dikenali sebagai drama lipur lara; acara

sukan; kartun, kuiz, dan pertunjukan aneka ragam;

dan filem cereka.

UMUM
ALAT MAIN PIRING HITAM

Alat main piring hitam ialah peranti yang

mengeluarkan semula bunyi yang telah dirakamkan

pada piring hitam. Alat main piring hitam juga

dikenali sebagai gramofon atau peti nyanyi . Alat ini

digunakan secara meluas bagi memainkan muzik

rakaman untuk didengar dan ditarikan. Di samping

muzik, orang ramai turut mendengar piring hitam

untuk persembahan drama, pembacaan puisi, dan

ucapan. Kebanyakan stesen radio menggunakan

alat main piring hitam bermutu tinggi untuk

memainkan piring hitam bagi siaran menerusi

gelombang udara.

UMUM
Tesaurus
 
ucap (kata nama)
Bersinonim dengan ujar, bunyi, lafaz, kata, sebutan;,
Kata Terbitan : berucap, mengucapkan, ucapan,