Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Bagaimanakah penggunaan perkataan tuntas.Pelajar saya akerap menggunakan perkataan tuntasnya, secara tuntas dalam karangan mereka.Yang mana satu betul.Maksud tuntas ialah menyeluruh ,singkat,tegas.Mohon penerangan.Terima kasih.Tuntas bermaksud secara menye­luruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja) atau tegas. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam wacana bagi menggambarkan maksud tersebut dan perlu disesuaikan dengan fungsinya sebagai adjektif.Tatabahasa06.07.2012
Tuan, Adakah ayat ini betul: "KE ARAH KELESTARIAN YANG TUNTAS". terima kasihKelestarian bermaksud keadaan lestari atau seperti sediakala dan tuntas bermaksud menyeluruh dan lengkap. Melihat kepada makna perkataan-perkataan tersebut, frasa yang dibina sukar untuk difahami maknanya oleh masyarakat umum.Tatabahasa09.06.2011
Lagu lagu di Malaysia sering menggunakan perkataan COBA. Mana yang betul? Cuba atau COBA? Adakah salah menggunakan COBA? Apa maksud tuntas?Ejaan dan sebutan yang betul dan baku ialah cuba. Coba tidak baku dari segi sebutan dan ejaan. Makna tuntas menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 ialah meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, sempurna, komprehensif dan makna lain ialah singkat dan tegasLain-lain19.01.2009
Adakah penggunaan kata adjektif 'luhur' dalam ayat berikut betul? ...suatu bentuk pemikiran baharu yang luhur dan benar-benar tuntas untuk mencari penyelesaian terbaik...Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud luhur ialah: mulia/agung/tinggi.  Pemikiran baharu kurang sesuai disebut luhur.  Mungkin boleh digantikan dengan perkataan "baik".Tatabahasa25.05.2017
adakah setiap perkataan asing yang digunapakai dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu dibincang dan dipilih oleh panel DBP seperti perkataan Jawa, Inggeris dan dailek(daerah-daerah di negeri-negeri di Malaysia) contohnya sekarang kita menggunakan perkataan Tuntas, Transformasi, jom dll.Sebenarnya dalam setiap bahasa itu peminjaman bahasa memang berlaku secara tabii apabila dua komuniti bahasa, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu satu sama lain- juga bermakna pengambilan unsur bahasa daripada bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya fikir - bahasa Arab, ayu- Jawa, almari - Portugis. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Manakala kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu.

Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Jenis-jenis peminjaman ialah 1. peminjaman tulen (matematik, bonus), 2. peminjaman kacukan (kasut but), 3. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) 4. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).5. peminjaman kuno (purnama) 6.peminjaman berpindah (vokal/vowel).  

Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke bahasa Melayu. Silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk maklumat lanjut.
Tatabahasa14.03.2013
SESUAIKAH PERKATAAN 'TUNTASNYA' MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' DALAM KARANGAN? WAJARKAH KITA MENGGUNAKAN PERKATAAN 'KONKLUSINYA' BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' SEDANGKAN PERKATAAN TERSEBUT HANYALAH PINJAMAN SAHAJA. APA PENDAPAT TUAN?

Saudara Nor Aznim,

Perkataan tuntas bermaksud menyeluruh, sempurna, lengkap,segala-galanya. Perkataan kesimpulan bermaksud 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhan­nya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pen­dapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanak­kanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara. Oleh itu, daripada kedua-dua makna tersebut, perkataan 'tunta' tidak sesuai digunakan, manakala perkataan 'konklusi' bukan varian bagi perkataan 'kesimpulan'.   

Tatabahasa17.05.2010
Kawan saya pernah menyebut "secara tutasnya.." dia sendiri xtau ape maknanya tp perkataan itu pernah di guna utk karangan semasa sekolah.. cth ayat: "Secara tutasnya, keadaan itu sudah biasa dilihat." Apakah maksud 'Tutas' di sini? Adakah itu boleh digunakan?Kata yang betul ialah 'tuntas' yang bermaksud menyeluruh, sempurna dan komprehensif. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan penjelasan lanjut.Makna25.12.2009
Takrif frasa 'buang tabiat' dan asal - usulnya.Tiada maklumat tentang asal usul perkataan buang tabiat dalam pangkalan data kami. Hal ini berkemungkinan berkaitan dengan budaya masyarakat Melayu sering melihat sesuatu yang di luar dugaan berlaku apabila seseorang itu bertindak bukan sebagaimana lazimnya. Walau bagaimanapun tiada kajian tuntas atau dapatan yang benar tentang tanggapan ini.Lain-lain28.12.2017
Apakah yang dimaksudkan dengan novel popular dan novel berat? Apakah perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis novel?

             Untuk pengetahuan saudara, belum ada definisi yang tuntas berkaitan dengan novel popular dan novel serius. Walau bagaimanapun kedua-dua novel ini dapat  dibezakan. Antara ciri-ciri novel popular ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel popular diminati oleh golongan remaja. Novel  popular juga  mempunyai nilai komersial, yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya.

 

              Manakala novel serius pula dikenali juga sebagai novel intelektual iaitu novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel serius, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. 

Sastera28.11.2019
Bolehkah saya terjemahkan "dexterous" kepada cekap? Berikut merupakan definisi yang diberikan oleh Cambridge Dictionary having the ability to perform a difficult action quickly and skilfully with the hands; having the ability to think quickly and effectively or to do something difficult extremely wellDewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak melaksanakan fungsi terjemahan. Saudara bolehlah merujuk kepada  Institut Terjemahan & Buku Malaysia untuk jawapan yang lebih tuntas. Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Oxford Fajar Advanced Learners English-Malay Dictionary (Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2001), ada dua padanan yang diberikan untuk dexterous, iaitu (a) skilful with one's hand, cekap: She's very dexterous with the knitting needles. Dia sangat cekap mengendali jarum kait. (b) skilfully perform, tangkas: a dexterous movement pergerakan yang tangkas. Kedua-dua padanan ini adalah berbeza mengikut konteks ayat atau penggunaannya.  



Penyemakan dan penterjemahan06.02.2024
1
Tesaurus
 
tuntas (adjektif)
Bersinonim dengan menyeluruh, sempurna, lengkap, segala-galanya, komprehensif.,