PeribahasaPipit tuli makan berhujan, tak ditahan (dihalau) padi habis, hendak (= bila) dihalau kain basah.TakrifSerba salah jika berurusan dengan orang yang degil: jika dibiarkan jadi rosak, jika ditegur tiada diikuti; serba salah di dalam sesuatu pekerjaan yang sulit, dikerjakan berbahaya, tak dikerjakan berbahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti si buta mendapat tongkat, dipukulkan buta-tuli.TakrifMenjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerani senduk pengedang, air hangat direnanginya.TakrifBerani dengan membuta tuli. senduk pengedang = senduk pencedok air panas dari periuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti si buta berbini cantik, si kudung beroleh cincin, si bisu bercakap dan si tuli mendengar.TakrifBeroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Burung merbuk di tepi pekan, Pipit tuli mati terjerat; Buah mabuk jangan dimakan, Pokok berduri jangan dipanjat.
Lihat selanjutnya... |
|