Kata |
Takrif |
Sumber |
bebas | (bébas) 1. tidak terhalang (utk bergerak, bercakap, dll), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas, leluasa: angkasa ~; dunia ~; politik ~; setiap orang ~ mengeluarkan pendapatnya; 2. lepas drpd kewajiban (tuntutan, ketakutan, cukai, hukuman, dll): ia ~ drpd kewajiban memberi belanja kpd bekas isterinya; tidak seorang pun ~ drpd cukai; 3. merdeka (tidak dikuasai oleh negara lain): negara-negara ~ menjadi ahli BB; ~ cukai tidak dikenakan sebarang cukai (tentang perniagaan, barang, dll); ~ tol a) tidak dikenakan bayaran utk panggilan telefon: syarikat itu menyediakan satu talian telefon ~ tol; b) tidak dikenakan bayaran utk menggunakan jalan raya, jambatan dll: kerajaan akan menyediakan laluan alternatif ~ tol bagi setiap jalan bertol;membebaskan 1. memberi keadaan bebas (utk bergerak, bercakap, dll), memberi keleluasaan, melepaskan: baru beberapa hari dibebaskan drpd tahanan, ia sudah mencuri lagi; 2. melepaskan drpd kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dll): tidak patut ia ~ diri drpd tanggungjawab terhadap gadis itu; 3. memerdekakan (drpd kekuasaan lain): angkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani drpd tangan Fasis; 4. memberhentikan (drpd tugas atau jawatan): pegawai itu dibebaskan drpd jawatannya;kebebasan perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat;pembebasan perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan: negara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yg diduduki musuh; pembebas orang (alat dll) yg membebaskan: kuman ~ nitrogen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liberal | 1. (bersifat) condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg demokratik (mis menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas; kaum ~ orang yg menganut fahaman liberal; 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb); meliberalkan menjadikan liberal (bebas dan terbuka): satu langkah utk ~ pasaran; ~ pandangan yg sempit sesuai dgn perkembangan sains dan teknologi hari ini; keliberalan perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~ minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi dunia; peliberalan perihal (tindakan, perbuatan dsb) meliberalkan: dasar ~ perdagangan merupakan salah satu komponen utama di bawah dasar pembangunan industri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terikat | 1. (telah) diikat: tangannya ~ ke belakang dgn dawai halus; 2. tertakluk (kpd), tidak bebas drpd, terkongkong oleh: orang berhutang ~; tidak ~ kpd peraturan-peraturan yg telah ditetapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kongkong | kayu, besi dll yg diberi berlubang dan dipasangkan pd leher orang salah sbg hukuman atau supaya tidak dpt lari; pasung. mengongkong 1 memasang kongkong pd; memasung, membelenggu. 2 ki menyekat; mengawal (kebebasan, pergerakan dll): Ibu bapanya tidak terlalu ~ kebebasannya. terkongkong terbelenggu; tersekat (bkn kebebasan dsb). kongkongan sekatan utk mengongkong; kawalan. pengongkong orang yg mengongkong; penyekat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkurung | terpenjara, terkongkong (dlm rumah dll), tertutup (terlengkung) dlm ruang dll, terkepung: gadis pemalu yg ~ dlm rumah sepanjang hari; paru-paru ~ di dlm suatu tempat yg tidak dapat ditembusi oleh udara; ~ fahamnya sempit (picik) pengetahuannya atau pemikirannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stereotaip | (stéréotaip) tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dsb yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg sering kali kedapatan (kedengaran dsb): pendekatan dan kaedah pengajaran amat ~, terkongkong, dan konvensional; temanya ~ tetapi perutusannya itu dipentingkan; menstereotaipkan membuat tanggapan stereotaip tentang seseorang atau sesuatu: bahasa yg ~ golongan wanita sbg golongan lemah, sbg suri rumah dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kongkongan | ki perihal terkongkong, ikatan, sekatan, cengkaman: dlm negara yg mengamalkan demokrasi, mahkamah keadilan bebas drpd ~ pemerintah; puas ia mencari jalan melepaskan dirinya drpd ~ lelaki yg tidak disukainya itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kongkong | kayu, besi dll yg diberi berlubang dan dipasangkan pd leher orang salah sbg hukuman atau supaya tidak dpt lari; pasung. mengongkong 1. memasang kongkong pd; memasung; membelenggu. 2. ki menyekat; mengawal (kebebasan, pergerakan dll):Ibu bapanya tidak terlalu ~ kebebasannya. terkongkong terbelenggu; tersekat (bkn kebebasan dsb). kongkongan sekatan utk mengongkong; kawalan. pengongkong orang yg mengongkong; penyekat. | Kamus Pelajar |
mundur | 1. (berjalan, bergerak, dll) ke belakang, surut, undur, lwn mara: dia ~ setapak dan kemudian mara lagi beberapa tapak apabila polis itu beredar dr situ; 2. ki menjadi kurang (hasil pendapatan dll), berkurang, merosot: perusahaannya mulai ~; 3. tidak maju, terkebelakang, tertinggal, kolot: kebanyakan kaum perempuan masih lagi dlm keadaan lemah, ~, dan terkongkong; ~ maju ki tidak tetap hati, ragu-ragu; ~ teratur a) berundur dgn teratur (pasukan peperangan); b) mengundurkan diri dgn diam-diam; memundurkan menjadikan mundur, mengundurkan, memerosotkan, mengebelakangkan; kemunduran perihal mundur, kemerosotan: pekedai itu, sambil mengeluh, menceritakan ~ perniagaannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawi I | lembu, sapi; anak ~ Mn anak laki-laki yg dikasihi; bagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk prb dikiaskan kpd orang bodoh yg tidak dapat dibawa berunding; bagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelan prb sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu ditimbangkan dan dirundingkan; bagai ~ terkurung siang prb orang yg tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
paternalism | paternalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang menekankan sistem pemerintahan yang memberi kuasa tertinggi kepada pemimpin untuk menguruskan masyarakat. Masyarakat ditadbir sebagai sebuah keluarga apabila pemimpin menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan asas. Dalam sistem ini, rakyat tidak dibenarkan mempersoalkan kedudukan pemerintah, menuntut hak yang lebih dan bercakap soal politik. Hak sivil dalam masyarakat ini terkongkong walaupun mereka mendapat pelbagai kemudahan. Contohnya, sistem pemerintahan yang diamalkan di negara Arab Saudi. |
|
|