Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat.

Sdr,

Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus.

Istilah30.03.2009
Mana satu betul? 1. kapal itu tenggelam dalam lautan 2. Kapal itu tenggelam di lautan.

Sdr Azmanizan,

Frasa yang betul ialah jawapan no.(2)

1. Kapal itu tenggelam dalam lautan.

 2. Kapal itu tenggelam di lautan. 

(Alasan: Kesalahan ayat (1) apabila menggunakan kata sendi "dalam" yang  berfungsi menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.  Ayat (2) kata "tenggelam" membawa maksud kapal tersebut telah  terbenam ke dalam laut tersebut  atau karam.

Contoh ayat yang menggunakan kata sendi dalam adalah seperti  yang berikut:

  (a)   Kita semua harus berusaha supaya kita dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan kita. 

  (b)   Guru besar telah berucap dalam majlis perpisahan itu.

Tatabahasa06.04.2009
Dalam meranduk gelombang modenisasi pada abad ke-21,dunia menyaksikan iktisad negara membangun bagaikan tenggelam cendawan tumbuh selepas hujan .Negara yang pesat membangun bagaikan tenggelam sama bangsa timbul sama hanyut seiring menjadi blok kapitalis yang lain.Meniti utaian isi,ebanyakan manusia memerlukan banyak maklumat untuk menyiapkan sesuatu perkara atau kerja rumah dalam kehidupan seharian.Jika dilihat dari perspektif lain, wahana Internet boleh membantu kita menyelesaikan masalah yang berkesan dalam lapisan masyarakat di Malaysia.Wahana Internet sewajarnya diamalkan dalam kehidupan seharian.Hal ini dikatakan demikian kerana wahana Internet ialah memberikan pelbagai maklumat yang sihat kepada kita . Saya nak tahu akan ayat semua ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah takJika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasihKami tidak dapat memahami kandungan yang ingin disampaikan dalam perenggan. Oleh itu, pembetulan tatabahasa sukar untuk dibuat. Mohon puan membetulkan kandungan atau bahan penulisan terlebih dahulu supaya lebih jelas dan dapat difahami.Tatabahasa28.01.2021
Mengapakah perkataan di bawah salah? 1. Matahari timbul di sebelah timur. Apakah maksud ....Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul.

Salah satu makna timbul ialah terbit, oleh itu ayat "matahari timbul di sebelah barat" adalah betul. Maksud "Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul." ialah sikap Ali yang tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan.

 

Tatabahasa09.12.2008
Assalamualaikum tuan/ puan, Mohon bertanya, bagaimanakah cara ataupun adakah apa-apa tip, bagi mengenal pasti sama ada konsonan pada satu-satu perkataan itu akan 'tenggelam' ataupun 'kekal wujud' apabila ditambahkan imbuhan di hadapannya. Contoh: 1. cinta = mencintai (huruf 'c' kekal wujud) 2. kagum = mengagumi (huruf 'k' tenggelam) Terima kasih.Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta.Tatabahasa27.02.2014
Assalamaulauikum Saya amat lemah dalam bidang morfologi..... tugasan saya ialah mengkaji minda pengarang berita harian dari segi morfologi dan sintaksis.... minda pengarang saya ialah.... Gagasan 1 Malaysia boleh diterapkan masyarakat antarabangsa Dalam apa jua bentuk kehidupan kesederhana adalah teras kepada kajayaan yang dicapai. tindakan keterluan atau ekstremis tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menambahkan lagi kekusutan.menyedari sudah sampai masa pemimpin dunia kembali kepada agenda keamanan pragmatik dan menghapuskan ekstremis demi mengelak penduduk dunia daripada tenggelam ke dalam kehancuran,ucapan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke 65 di New York,Amerika Syarikat

Saudara,

Dalam tugasan yang diberikan saudara diperlukan untuk mengenal pasti perkataan dari aspek morfologinya atau bentuk katanya dan  mengenal pasti ayat  dari aspek sintaksisnya atau jenis ayatnya. 

Lain-lain17.10.2010
Adakah lemas menunjukkan seseorang itu sudah meninggal dunia (drowned)? atau Adakah lemas menunjukkan keadaan seseorang itu sedang dalam proses lemas (drowning)? Contoh: Saya berjaya menyelamatkan budak yang lemas itu. (Betul/Salah?) Seorang kanak-kanak perempuan telah lemas di pantai Changi minggu lalu.

Penggunaan  kata " lemas" dalam ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

i.  Saya berjaya menyelamatkan budak yang hampir mati lemas itu.

ii. Budak perempuan  itu telah mati lemas di pantai Changi pada minggu lalu. 

Merujuk Kamus Dewan, kata lemas membawa maksud: tidak boleh bernafas (tenggelam dalam air, terkena gas dll), sesak bernafas;  contoh mati lemas.

Untuk makluman sdr, DBP ada menyediakan perkhidmatan percuma Kamus Dewan  dalam talian di Laman Web DBP.

Tatabahasa05.02.2009
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Mana tuan tidak ke laut,
     Tuan menyelam batang tenggelam;
Mana tuan tidak merungut,
     Tuan menghibur hati yang dendam.



Lihat selanjutnya...