Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TINGKAH LAKU PENYESARAN

Tingkah laku penyesaran merujuk kepada

kepelbagaian aktiviti yang kelihatan tidak sesuai

dilakukan dalam sesuatu keadaan tertentu. Sebagai

contoh, sesetengah mamalia merapikan bulunya

apabila hendak mengambil keputusan apakah

untuk melawan atau melarikan diri. Kebanyakan

tingkah laku penyesaran berlaku semasa keadaan

emosi yang berkonflik.

UMUM
MALNUTRISI

Malnutrisi ialah suatu keadaan tidak sihat yang

disebabkan oleh makanan yang tidak berzat,

makanan yang tidak sesuai, atau tubuh yang tidak

dapat menyerap atau menggunakan zat makanan.

Malnutrisi primer berlaku apabila tubuh mendapat

terlalu banyak makanan, tidak memperoleh

makanan yang cukup atau mendapat makanan yang

tidak sesuai. Malnutrisi sekunder berlaku apabila,

disebabkan penyakit, tubuh tidak boleh

menggunakan zat makanan walaupun zat makanan

itu terdapat dalam sesuatu makanan.

UMUM
MIGRASI

Migrasi, dalam istilah biologi ialah perpindahan

haiwan ke satu tempat yang menawarkan keadaan

kehidupan yang lebih baik. Banyak burung, ikan,

serangga, dan mamalia selalu bermigrasi untuk

mengelakkan perubahan keadaan cuaca dan

bekalan makanan yang tidak sesuai. Manusia juga

bermigrasi, atau berhijrah, tetapi mereka berbuat

demikian atas sebab politik, sosial dan juga

biologi.

UMUM
AUSTRALIND

Australind ialah sebuah kawasan serokan di

Leschenault, yang terletak kira-kira 145 kilometer di

selatan Perth, Australia. Australind terkenal sebagai

tempat yang tidak berjaya diduduki pada tahun

1841 dan tahun 1845. Terpengaruh dengan teori

Edward Gibbon Wakefield, ahli perniagaan di

London menubuhkan Syarikat Australia Barat dan

membeli tanah tersebut. Mereka kemudian

menjualnya sebagai tanah pertanian kepada orang

yang hendak menaklukinya, dan menggunakan

wang tersebut untuk membayar kos perpindahan

buruh. Penduduk pertama yang menduduki tanah

tersebut mendapati kawasan tersebut tidak sesuai

untuk pertanian. Dalam tempoh lima tahun,

Australind telah ditinggalkan.

UMUM
MISTRAL

Mistral adalah angin utara yang sejuk, kering, dan

bertiup kencang dari barat Alps dan penara di

selatan Perancis dan keluar ke Mediterranean.

Udara yang berat dan sejuk dari tanah tinggi

bergerak semakin laju apabila menghampiri udara

yang lebih panas dan ringan di atas permukaan laut

pada musim sejuk. Keadaan ini menyebabkan

wujudnya angin kencang secara tiba-tiba, apabila

angin sejuk turun ke aras laut dan angin panas

bergerak ke atas. Mistral menyebabkan fros berlaku

dan menyebabkan kerosakan tumbuhan. Keadaan

ini tidak sesuai bagi ladang anggur di selatan

Perancis. Angin mistral lazimnya bertiup selama 100

hari dalam setahun.

UMUM
BINGKISAN MELAYU

BINGKISAN MELAYU,  buku yang mengandungi contoh-contoh surat kiriman dan jawapan dalam bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1952.  Buku bertulisan Rumi ini asalnya diberi judul Persuratan Melayu dikarang oleh Mansor bin Sanusi.  Penukaran judul buku ini dibuat kerana penulis merasakan bahawa judul asalnya tidak sesuai dengan isi kandungannya, tanpa membuat sebarang pindaan.  Bingkisan Melayu diterbitkan oleh Sinaran Bros, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dicetak oleh Syarikat Percetakan Qalam, Jalan Geylang, Singapura.  Kata pengantar buku ini ditulis oleh S.M. Zainal Abidin B.A dan diulang cetak sebanyak tujuh kali.

BAHASAKitab
TETRASIKLIN

Tetrasiklin ialah satu daripada famili antibiotik

yang digunakan untuk merawat jangkitan.

Tetrasiklin menjejaskan banyak jenis bakteria dan

mikroorganisma lain termasuk riketsia (lihat

Riketsia ). Doktor menggunakan tetrasiklin untuk

merawat penyakit seperti tifus, trakoma, dan

penyakit saluran jantina. Mereka juga menggunakan

tetrasiklin dalam rawatan penyakit akne.

Tetrasiklin yang pertama didapati pada tahun

1948. Semenjak itu, tetrasiklin digunakan dengan

meluas malah kerap kali tidak sesuai digunakan

bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Penggunaannya yang meluas ini menyebabkan

banyak mikroorganisma dapat menentang kesan

daripada antibiotik ini. Oleh sebab itu, tetrasiklin

tidak lagi berkesan melawan penyakit akibat

mikroorganisma ini.

UMUM
PAK KADUK

PAK KADUK, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Kaduk melalui Cerita Pak Kaduk membawa watak bodoh sial. Dia bernasib baik tetapi rezeki tidak di pihaknya kerana sifat tamaknya. Dia juga tidak boleh dianggap bodoh seperti Pak Pandir kerana dia berdaya menggunakan akal supaya mendapat manfaat daripada usaha yang dilakukan. Malangnya tindakan yang diambil setelah membuat pertimbangan tidak sesuai dengan keadaan sebenar, menyebabkan dia kerugian, iaitu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. 

SASTERAKarya
KUFAH

Kufah, bandar yang terletak di Iraq yang diasaskan pada tahun 17 H/638 M bagi menggantikan peranan bandar Basrah yang persekitarannya tidak lagi sesuai untuk kediaman orang Arab.

AGAMAKonsep
GUNDIK

GUNDIK, perempuan simpanan raja atau sultan. Isteri (permaisuri) raja biasanya berketurunan raja dan dikahwini secara sah, manakala gundik ialah perempuan bukan berdarah raja yang diambil sebagai hamba atau orang suruhan raja atau istana. Bilangan isteri raja tidak melebihi empat orang sesuai dengan hukum Islam. Sebaliknya, raja boleh mempunyai gundik seramai mungkin. Pada peringkat awal perkembangan, Islam membolehkan hamba digauli oleh tuannya. Raja mengambil kesempatan itu untuk menghalalkan perbuatan tersebut dengan mempunyai gundik antara 300 hingga 400 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,