Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Mohon semakan terjemahan ayat di bawah This program contains material that may be disturbing to some viewers. Viewer discretion is advised. Kandungan program ini mungkin tidak sesuai bagi penonton tertentu. Budi bicara penonton dinasihatkan. Terima kasihAyat yang lebih gramatis ialah Kandungan program ini mungkin tidak sesuai bagi penonton tertentu. Kebijaksanaan penonton amat diharapkan.Penyemakan dan penterjemahan31.10.2017
Memikul beg...betul?Perkataan "memikul" tidak sesuai dalam konteks ini. Perkataan yang biasa digunakan ialah membimbit beg.Tatabahasa08.07.2014
Tuan / Puan yang dihormati, Adakah perkataan 'kecelakaan' tidak sesuai digunakan untuk bina ayat? Contohnya, Kita haruslah berhati-hati untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya. Adakah celaka perkataan yang kasar? Terima kasih.Kecelakaan dari kata dasar celaka tetapi membawa makna baharu, iaitu kemalangan. Kecelakaan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa04.04.2017
Sesetengah guru bahasa Melayu mengatakan bahawa perkataan "terdapat" tidak sesuai digunakan untuk memulakan sesuatu ayat. adakah ia benar?Perkataan  "Terdapat" boleh digunakan di permulaan ayat dan kebiasaannya digunakan dalam bentuk pasif.Tatabahasa08.06.2019
Kata seru "Nah" merupakan jawapan yang betul. Mengapakah jawapan "cis" tidak sesuai?Kata cis digunakan untuk menyatakan perasaan marah atau mencemuh.Tatabahasa13.05.2016
Apakah cadangan terjemahan untuk baju jenis vest? Penggunaan istilah anak baju kelihatan tidak sesuai sebagai terjemahannya.Perkataan "vest" boleh ditulis sebagai ves. Contoh: safety vest diterjemahkan kepada ves keselamatan.

Lain-lain27.08.2019
Search to refine the results. Cari untuk memperhalus kelihatan tidak sesuai. Apa istilah sesuai untuk refine ya?Padanan terjemahan bahasa Melayu untuk perkataan "refine" dalam konteks yang dinyatakan ialah perincian. Terjemahan "search to refine the result" ialah  cari untuk perincian keputusan.Makna09.11.2022
Adakah istilah "main tipu" boleh digunakan dalam penulisan atau media?Perkataan main tipu tidak sesuai digunakan dalam penulisan rasmi atau media kerana perkataan tersebut merupakan perkataan bagi bahasa percakapan atau bahasa lisan yang bermaksud mengenakan tipu muslihat dalam melakukan sesuatu perkara, pertandingan atau yang seumpama dengannya.Makna13.08.2021
Salam sejahtera, Adakah "Notifikasi" boleh digunakan untuk terjemahan "Notification"? Sila sahkan atau berikan cadangan jika tidak sesuai. Topik: Kejuruteraan dan teknologi semasa. Penggunaan: Lebih banyak digunakan dalam tetapan peranti atau mesin. Terima kasih atas penerangan pihak tuan/puan.Notifikasi boleh digunakan. Contoh: kad notifikasiIstilah24.06.2015
Bolehkah saya menggunakan nama "RSSTORAN ISTANA AYAM KAMPUNG" sebagai nama restoran saya.Perkataan "istana" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini kerana "istana" bermaksud rumah kediaman raja atau ketua negara. Bentuk yang betul ialah RESTORAN AYAM KAMPUNG atau RESTORAN AYAM KAMPUNG ... (diikuti oleh perkataan lain seperti nama orang dan sebagainya). Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain18.11.2014
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,