Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Mengapa sampan hendak berlabuh, Kerana kemudinya sudah patah; Mengapa kelakuan tidak senonoh, Kerana hatinya lupakan Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yakin tegak tidakkan jatuh, Kurang yakin cepat goyahnya; Kain awak yang tidak senonoh, Orang lain dapat dosanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Roboh tiang runtuhlah rumah, Ke mana lagi hendak berteduh; Bodh orang runtuhlah maruah, Ke mana pergi tidak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila bekal tidak penuh, Berjalan jauh tentulah susah; Apabila akal tidak senonoh, Kawan menjauh seteru bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sudahlah kaki tidak dibasuh, Kepalanya pula diberak burung; Sudahlah laki tidak senonoh, Mentuanya pula berbuat serong.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau berjaja perak bersepuh, Tidak semahal barang aslinya; Kalau bekerja tidak senonoh, Banyaklah aral datang menimpa. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila pelita tidak bersumbu, Tidakkan dapat dibuat suluh; Apabila dada tidak berilmu, Banyaklah sifat tidak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tidak salah padi jerami, Salahnya gantang tidak penuh; Tidak salah kepada kami, Salahnya abang tidak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok bersusun setandan penuh, Bila masak cepat ditebang; Untuk penonton hidup senonoh, Supaya tidak mendapat malang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila badan tidak sihat, Tentu tak dapat berjalan jauh; Apabila iman tidak melekat, Tentulah sifat takkan senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,