Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Karyawan
T. Alias Taib - Dewan Bahasa dan Pustaka
hanya baru mendapat tempat pada tahun 1964 dalam majalah Angkatan Baru. Puisinya berjudul “Persembahan” dan cerpennya “Dunia Pelayan” masing-masing tersiar dalam Angkatan Baru keluaran Oktober 1964 dan Mac 1965. Tidak lama selepas itu, beliau menumpukan penulisannya dalam bidang puisi sahaja, dan menjadi penyair yang cukup prolifik. Karyanya mendapat perhatian surat khabar serta majalah dan pada satu waktu hampir saban bulan bentuk stensilan bertajuk “Laut Tak Biru di Seberang Takir” yang memuatkan 44 buah puisi yang dihasilkan antara tahun 1968 hingga tahun 1970. Kelahiran kumpulan ini cukup memberi erti kepadanya, paling tidak untuk menyatakan kepada umum bahawa puisi sudah menjadi pengucapan penting dirinya. Beliau menggemari puisi-puisi A. Samad Said serta puisi-puisi penyair Indonesia seperti Bur Rasuanto, Subagio, Geonawan, dan Rendra
J.M. Aziz - Dewan Bahasa dan Pustaka
bagi penyair Pantai Timur ini. Beliau kehilangan kekuatan daya fizikal dan terpaksa dirawat di Pusat Pemulihan Penyakit Kusta di Sungai Buloh, Selangor. Sejak itulah ayah kepada tujuh orang anak ini tidak dapat melihat keindahan alam. Isterinya, Puan Lijah binti Daud, yang lebih mesra dengan panggilan “Cik De Jah”, banyak membantu beliau dalam menguruskan keluarga dan tugas seharian. Dalam suratnya kepada PENA dan ada cerita duka kerana menurutnya laut itu adalah kehidupan manusia itu sendiri. Puisi-puisi J.M. Aziz mewakili keresahan dan kegulatan hidup masyarakat nelayan dan golongan bawahan lainnya. Beliau tidak betah menulis tentang penderitaannya sendiri. Katanya; “Tidak, tidak akan saya tuliskan itu semua. Menulis puisi-puisi yang demikian akan membuat diri saya semakin terseksa. Saya lebih senang berperanan sebagai suara
Johan Jaafar - Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam bidang Critical Theory. Sekembalinya ke tanah air. Johan meletakkan jawatannya di DBP pada Oktober 1992 kerana mendapat tawaran bekerja dengan Syarikat Kumpulan Utusan Melayu sebagai Ketua Pengarang Kumpulan dan tidak lama kemudian dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut. Kedudukan Johan Jaaffar agak unik dalam kesusasteraan Melayu moden Malaysia. Tidak banyak sasterawan yang sebenarnya boleh hidup dengan selesa dalam “dua alam” – alam sastera/budaya dan alam pengurusan moden/korporat. Beliau nampaknya berupaya menjadi “sasterawan” dan pada waktu yang sama mendaki
Hadzrami A.R. - Dewan Bahasa dan Pustaka
yang berjudul Terbit Matahari, Hadzrami menulis; "Ayah menyediakan tempat yang bagus di pedalaman untuknya mengajar dan kemudian untuk anak-anaknya mendidik anak bangsa yang terbiar. Saya kira sedikit pun ayah tidak sangka saya pergi ke jalan yang lain, buat sementara ini sekurang-kurangnya, dalam menempuh hidup, saya tidak menjadi guru." Hadzrami menerima pendidikan awalnya di Sekolah Arab Beris, Bachok, Kelantan dan kemudian di Sekolah Arab Ma'ahad Muhammadi, Kota Bharu. Pada tahun 1958, beliau ke Kuala Lumpur bagi
Noordin Hassan - Dewan Bahasa dan Pustaka
Live Blog Stats NOORDIN HASSAN ( Noordin bin Hassan , Dato’, Sasterawan Negara) LAHIR : 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Pulau Pinang. ALAMAT : 60, Jalan Limau Kasturi, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. TIDAK hairanlah jika dunia seni menjadi pilihan Noordin Hassan kerana ayahnya sendiri, Hassan Aluih Pakcik Kaya adalah seorang yang dikenal sebagai tukang karang boria, sejenis permainan tradisi di Pulau Pinang dan perempuan, dia akan kahwin lagi untuk mendapatkan anak lelaki. Sudah takdir Tuhan, anak yang keempat itu seorang lelaki; itulah kini yang dikenal dengan nama Noordin Hassan, seorang penulis drama yang tidak asing lagi kepada peminat-peminat drama tanah air. Ayah beliau meninggal dunia sewaktu Noordin berusia tiga tahun. Pada akhir tahun 1930-an, Noordin Hassan memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu Perak
Keris Mas - Dewan Bahasa dan Pustaka
di sekolah Melayu hingga darjah V. Hasil keputusan peperiksaan yang baik, beliau layak untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, tetapi oleh sebab amalan pemilihan pihak yang berkuasa, beliau tidak mendapat peluang itu. Keris Mas lalu dihantar oleh keluarganya ke Sumatera mengikuti pelajaran di Tawalib School, sebuah sekolah menengah dengan pengantar bahasa Indonesia dan bahasa Arab. Setelah itu, Keris melanjutkan diri dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan menjadi Pegawai Penerangan parti tersebut. Pada penghujung tahun 1947, ketika PKMM mengadakan kongres tergemparnya di Singapura, Keris Mas turut hadir. Tidak lama kemudian, Keris Mas mengundurkan diri daripada PKMM, lantas bertugas sebagai Pengarang di Utusan Melayu Singapura . Suatu sumbangan besar yang telah diusahakannya ialah memesatkan lagi pengeluaran majalah Mastika yang ketika
Bachtiar Djamily - Dewan Bahasa dan Pustaka
dan wartawan yang produktif dan dikenal ramai. Seperti di Malaysia, di Indonesia juga banyak akhbar dan majalah memberi tempat kepada karya-karyanya. Sebagaimana kebanyakan penulis wartawan yang sezaman dengannya, Bachtiar tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Beliau hanya tamat sekolah rakyat pada tahun 1939, dan kemudian memasuki sekolah Belanda Schakel School pada tahun 1940 tetapi tidak tamat. Di samping itu, beliau belajar agama, bahasa Inggeris dan Arab hanya secara sambilan sahaja. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Bachtiar menganggotai Tentera Badan Keamanan Rakyat (kemudiannya diberi nama Tentera
Baharuddin Kahar - Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalan Temenggong, 81006 Segamat, Johor Darul Takzim. PADA AWAL tahun 1970-an, Baharuddin Kahar menggemari muzik dan berhasrat mahu menjadi pemuzik yang berjaya. Setelah mencuba nasib di bidang ini, usahanya tidak berhasil. Baharuddin mencuba pula bidang penulisan dan ternyata lapangan ini memang miliknya. Bakatnya terserlah dalam bidang ini dan keterlibatannya itu tidak sia-sia. Cerpen, novel dan puisi yang dihasilkannya mampu mengangkat namanya sebagai penulis berkaliber, malahan karya-karyanya dapat disebariskan dengan karya penulis terkenal yang lain. Pendidikan awal Baharuddin bermula pada
Dharmala N.S. - Dewan Bahasa dan Pustaka
1947, Kampung Bachang Manting, Triang, Jelebu, Negeri Sembilan. ALAMAT : 24 Jalan SG 9/1, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. SEMASA di bangku sekolah, minatnya terhadap sastera tidak pernah ada, malah guru bahasanya, Cikgu Zaharah Haji Awang sering menegurnya kerana terlalu lemah dalam karangan. Tetapi guru Matematiknya, Cikgu Shaharuddin Ishak menaruh harapan tinggi kepadanya kerana Dharmala N.S N.S. mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia bagi sesi 1976/1977. Kawan-kawan persekolahan mengenali Dharmala N.S. sebagai murid yang suka memberontak terhadap hal-hal yang tidak sesuai dengan tatasusila hidup masyarakat Melayu. Beliau pernah memprotes upacara ragging dengan lari meninggalkan asrama Sekolah King George V, Seremban. Berikutan tindakannya ini, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah memansuhkan acara
Jamaluddin D - Dewan Bahasa dan Pustaka
Langkawi, Kedah Darul Aman. SEMASA di sekolah menengah, Jamaluddin amat menggemari mata pelajaran Bahasa Melayu dan karangannya sering mendapat pujian guru. Ini mendorong beliau membaca buku-buku cerita dan secara tidak langsung bercambahlah minatnya terhadap penulisan. Minat ini dipupuk dan akhirnya lahirlah beberapa buah puisi dengan alam semula jadi dan suasana persekitaran tercerna dalam ciptaannya. Jamaluddin D mula mendapat pendidikan awal teman seperti Syed Abdul Malek, Misbah Tahir, Hassan Hanafiah, Gamah Embi dan Othman Saat. Para Wartawan ini banyak membantu beliau dalam hal-hal yang bersangkutan dengan penulisan dan kewartawanan. Jamaluddin tidak lama bertugas sebagai orang surat khabar kerana pada 18 Disember 1967, beliau memasuki perkhidmatan kerajaan sebagai Pegawai Kastam di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Seberang Prai. Kini beliau menetap di
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,