Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Bahasa Inggeris: Payment Method Bahasa Melayu: Kaedah Bayaran atau Kaedah Pembayaran? Mohon nasihat apakah perbezaan antara Kaedah Bayaran dan Kaedah Pembayaran? Apakah kedua-duanya merujuk kepada erti yang sama ataupun kedua-duanya mengandungi erti yang lain? Saya rujuk laman web kerajaan mengenai penggunaan tersebut tetapi ianya tidak selaras kerana saya terdapat versi untuk kedua-duanya. Terima kasih.Kedua-dua istilah, iaitu "kaedah bayaran" dan "kaedah pembayaran" adalah sama dan boleh digunakan untuk "payment method".Istilah19.05.2016
Nama-nama panggilan dalam keluarga 1. Anak pertama - Abg Long /Kak Long 2. Anak Kedua - Abg Ngah/Kak Ngah 3. Anak Ketiga -- ? 4. Anak keeempat -- ? 5- Anak kelima -- ?? dan seterusnya.

Panggilan anak pertama (along) dan kedua (angah) adalah sama di banyak tempat, namun panggilan ketiga yang seterusnya tidak selaras dan dinyatakan panggilan yang ada dan turutan dalam keluarga teh (keenam/keempat), itam (ketujuh), andak (keempat/kelima), busu (bongsu), manakala panggilan anjang, uda hanya diberi makna panggilan dalam keluarga.

Lain-lain08.06.2008
Salam hormat. Saya ingin mengajukan pertanyaan berhubung dengan penggunaan istilah yang sesuai bagi perkataan commissioning dan pre-commissioning berdasarkan konteks di bawah: - Commissioning Manager/Team - Pre-commissioning Electrical Supervisor/Technician - Commissioning Induction/Training - Commissioning Permit to Work - Commissioning of System - Pre-commissioning activity - Pre-commissioning of Equipment Dalam kontrak EPCC (Engineering, Procurement, Construction and Commissioning) pula, istilah commissioning yang diguna pakai oleh media massa didapati tidak selaras. Antara yang digunakan ialah Pentauliahan, Pengoperasian, Pelaksanaan, Penjagaan dan Penugasan. Sehubungan itu, mohon pihak tuan mencadangkan satu istilah yang paling sesuai bagi perkataan commissioning dan pre-commissioning agar dapat diselaraskan mengikut konteks di atas. Terima kasih.

Kami mengambil maklum tentang penggunaan perkataan “commissioning” dalam laras bahasa media yang kerap kali berubah padanannya dalam bahasa Melayu, mengikut konteks dan penggunaannya dalam bidang tertentu. Namun, untuk keselarasan, kami mencadangkan agar perkataan “commissioning” diterjemahkan sebagai pentauliahan, manakala “pre-commissioning” diterjemahkan sebagai prapentauliahan, kedua-duanya berasal daripada kata dasar “tauliah” yang bermaksud perihal memberi kuasa kepada individu atau kumpulan dalam menguruskan tugas tertentu.

Istilah21.11.2019
Selamat petang. Terima kasih atas jawapan yang diberikan pada semua soalan saya. Namun begitu, saya inginkan penjelasan tentang penggunaan "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Bukankah Bahasa Melayu itu lebih sesuai diguna pakai untuk merujuk pada mata pelajaran, sebab jika Bahasa Malaysia yang digunakan dari segi maksudnya, pada saya ia kurang sesuai kerana Bahasa Malaysia ini seolah-olah melambangkan semua bahasa yang ada di Negara Malaysia?. Jika Bahasa Malaysia yang diguna pakai, kenapa ia tidak selaras? Maksud saya, kertas soalan Peperiksaan PMR, SPM dan STPM masih menggunakan istilah atau rangkai kata "Bahasa Melayu" di bahagian muka hadapan kertas soalan tersebut? 2. Apakah jawapan yang paling meyakinkan murid jika mereka bertanya tentang penggunaan istilah atau rangkai kata tersebut. Contoh soalan; Cikgu, mana satukah yang betul antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia? Atau, "Semua panitia Bahasa Melayu atau semua panitia Bahasa Malaysia? Sekian. Terima kasih.Mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya.

Tuan boleh merujuk kepada pihak pengurusan dan dalam hal ini ialah pihak sekolah atau jabatan pelajaran negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tatabahasa04.09.2013
Apakah panduan yang diguna pakai oleh DBP untuk membuat transiterasi manuskrip jawi ke rumi? Bagaimana saya boleh memperolehinya sebagai rujukan dan panduan penyelidikan?Untuk makluman saudara, manuskrip dalam ejaan Jawi baru, saya cadangkan saudara menggunakan buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, walau bagaimanapun jika manuskrip tersebut dalam tulisan Jawi lama tidak ada panduan khusus yang digunakan kerana bentuk ejaan Jawi lama tidak selaras dan kepakaran tersebut ada pada tokoh2 tertentu seperti Dr. Bukhari Lubis.Tatabahasa03.03.2011
Ayat: Adib tidak mengirim berita sudah lama kepada ibu bapanya di kampung. Soalan: Frasa "tidak mengirim berita sudah lama" adakah tepat/betul struktur ayatnya? -soalan ujian BM Selaras ZPWPKL Tahun 6 2011.

Frasa yang paling tepat ialah "sudah lama tidak mengirimkan berita".  

Tatabahasa20.05.2011
minta tuan memberikan maksud perkataan : KONSEKUENNYA.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud konsekuen ialah secocok (sesuai, selaras) dengan kata-kata dan lain-lain yang terdahulu atau sama (tidak bersalahan) dengan yg sudah-sudah.Makna05.06.2009
betul atau tidak ejaan perkataan "disability" dalam bm adalah "disabiliti"? perkataan "standard" boleh digunakan dalam bmTiada padanan ejaan dalam bahasa Melayu bagi kata disability yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Manakala kata standard boleh digunakan yang bermaksud 1. sesuatu yg diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar utk mengukur (menilai dsb) sesuatu yg lain (spt berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll), piawai: supaya tinggi mutu barangnya, tiap-tiap pengilang cuba menentukan supaya barang keluarannya itu memenuhi ~ yg tertentu; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yg dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sbg ukuran nilai (harga): ~ emas; 4. (bentuk bahasa, ejaan, dsb) yg betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku: bahasa (ejaan) ~; Lain-lain07.10.2010
Kata Nafi tang manakah lebih tepat untuk digunakan di dalam ayat di bawah: Para pelanggan yang dihormati, Selaras dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia, caj baru bagi pemprosesan cek sebanyak RM0.50 akan berkuatkuasa pada 2 Januari 2015 dan TIDAK/BUKAN pada 1 April 2014. Beralihlah kepada kemudahan pemindahan dana GIRO Antara Bank (IBG) sekarang, hanya RM0.10 untuk setiap transaksi.Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Oleh itu, kata nafi yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah "bukan".Tatabahasa18.04.2014
Assalamualaikum dan Selamat petang. Perkara : Mendapatkan kelulusan bagi tanda nama perniagaan selaras dengan syarat dari Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan. Saya ingin mendapatkan pencerahan berhubung dengan kelulusan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia mengenai kelulusan tanda nama perniagaan sejajar dengan syarat yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Nilai. Bersama dengan ini saya sertakan tanda nama perniagaan syarikat. Nama syarikat : NIPPON WIPER BLADE (M) SDN BHD Jenis perniagaan : Perkilangan Kami berharap agar mendapat kelulusan dari pihak jabatan. Sekian terima kasih Yang benar. Mohd Fazlee Bin Sharif Pengurus Jabatan Sumber ManusiaUntuk makluman tuan, pengesahan iklan DBP tidak mengesahkan nama khas kecuali ada keterangan lain dalam bahasa Melayu seperti "PEJABAT URUSAN" di bahagian paling atas. Slik klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain27.01.2015
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,