Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tidak salah junjung lembayung, Salah pandan menggelita; Tidak salah emak mengandung, Salah badan buruk pinta.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi ke hutan memburu babi, Babi seekor taringnya panjang; Tidak salah lagakkan diri, Asal tidak menghina orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ajuk-ajuk pemarang Jawa, Jawa dari sebelah bukit; Jangan merajuk mahkota jiwa, Tidak kurasa salah sedikit.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hari redup menyemai padi, Wak Dolah menanam jagung; Kalau hidup tidak berbudi, Duduk salah berdiri canggung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Batu kiwi batu pengasah, Buat pengasah parang cancung; Buat dosa buat salah, Malang nasib tidak tertanggung.
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.



Lihat selanjutnya...