Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lalu hangus, surut layu.

Takrif

Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar.

Takrif

Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang.

Takrif

Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak manusia nan tidak gawal.

Takrif

Salah dan sikap adalah sifat manusia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang.

Takrif

Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Intan salah serudinya.

Takrif

Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti permata salah serudi.

Takrif

Orang bangsawan yang tidak berpengetahuan dan tiada tahu sopan santun.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bumi mana yang tidak kena hujan?

Takrif

Tiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak ada pendekar yang tak bulus, tak ada juara yang tak kalah.

Takrif

Meskipun pandai ada kalanya salah (keliru) juga. bulus = kena.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu.

Takrif

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Bandingkan dengan: Lalu hangus, surut layu). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, b. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang, g. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.



Lihat selanjutnya...