Kata |
Takrif |
Sumber |
keris alang | keris yg tidak panjang dan tidak pula pendek. 2 sedikit; kurang: tidak ~ tidak sedikit; banyak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendek | /péndék/ 1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: AMN ialah ~ Ahli Mangku Negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendek | (péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahuan, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, memotong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menyingkatkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) memendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singkat | 1. tidak panjang (waktu, umur, dll), pendek: kunjungannya sangat ~; kain pendek, tarik ke atas ~, tarik ke bawah senteng; 2. ringkas (berita, cerita, percakapan, dll): Besok aku ke mari lagi, katanya ~, lalu melangkah hendak pergi; 3. ki picik atau cetek (fikiran dll): orang-orang yg ~ pemikirannya dan yg sangat tamak terlalu ramai; ~ akal (faham, fikiran) tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik; ~ bayang alamat tidak panjang umur; ~ kata = ~nya pendek kata, pendeknya; ~ pengetahuan lekas mati; ~ sungu Mn (orang yg) pemarah; ~ tangan orang yg kedekut (kikir); ~ umur (usia) tidak panjang umurnya, lekas mati; ~ diulas, panjang dikerat prb yg kurang hendaklah ditambah sedangkan yg lebih hendaklah dikurangkan; ~ tidak terulas, panjang tidak terkerat prb tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati; senteng dibilai, ~ diulas prb yg kurang ditambah dan yg pendek disambung; menyingkatkan 1. menjadikan singkat (pendek dll), memendekkan (waktu dll): kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu; 2. meringkaskan (karangan dll), mengikhtisarkan; mempersingkat menjadikan lebih singkat; singkatan, kesingkatan sesuatu yg disingkatkan, kependekan, ringkasan: ~ spt pakdr bapak, bu dr ibu, merupakan gejala umum dlm pemakaian bahasa; penyingkatan perihal menyingkatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendek /péndék/ | 1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: A.M.N. ialah ~ Ahli Mangku Negara. | Kamus Pelajar |
ringkas | tidak panjang (bkn cerita, karangan, laporan dll); pendek: Jawab soalan ini dgn ~. laporan ~. meringkaskan menjadikan pendek atau singkat (bkn cerita, laporan dll); menyingkatkan; memendekkan: Murid-murid diajar cara-cara ~ karangan. teringkas ringkas sekali; paling ringkas. ringkasan sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. keringkasan keadaan atau sifat ringkas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kontot | tidak panjang; pendek: parang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kontot | tidak panjang; pendek:parang ~. | Kamus Pelajar |
lingkas | ark tidak panjang (berita dll), ringkas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singkat umur (usia) | tidak panjang umurnya, lekas mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
in | 22. with regard to, [various translations]: it is all right ~ theory, but it wont work ~ practice, dr segi teori perkara itu munasabah, tetapi dr segi praktik tidak; the houses are ~ old-fashioned design, reka bentuk rumah itu lama; the table is five feet ~ length, panjang meja itu lima kaki; lacking ~ initiative, kurang daya inisiatif; Brunei Darussalam, a sultanate rich ~ oil, Brunei Darussalam, sebuah negara bersultan yg kaya dgn minyak; 23. a. (indic the nature of feeling directed towards so.) pada: I have faith ~ him, saya yakin padanya; b. (indic nature of feeling directed towards st) terhadap: he shows no interest ~ what goes on around him, dia tdk menunjukkan sebarang minat terhadap apa-apa yg berlaku di kelilingnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
seloka | seloka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul Seloka emak Si Randang adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud pujian atau pemujaan. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata. |
string | rentetan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Susunan aksara yang boleh berbentuk ASCII, perenambelasan, bit perduaan dan yang seumpamanya. Walaupun rentetan boleh mempunyai panjang yang pelbagai namun panjang ini boleh dianggap sebagai panjang yang tidak tetap yang mempunyai kekangan masing-masing. Umumnya, dalam bahasa pengaturcaraan, rentetan boleh dibahagikan kepada dua jenis data rentetan, iaitu rentetan panjang tetap dan rentetan panjang boleh ubah. Rentetan panjang tetap adalah rentetan yang mempunyai panjang maksimum yang tetap, yang menggunakan saiz ingatan yang sama, sama ada panjang maksimum ini dicapai ataupun tiak dicapai. Rentetan panjang boleh ubah pula merupakan rentetan yang mempunyai panjang yang tidak tetap, yang menggunakan saiz ingatan bergantung kepada saiz atau panjang rentetan itu sendiri. Rentetan panjang boleh ubah sering digunakan dalam bahasa pengaturcaraan moden. |
glycosaminoglycan (GAG) | glikosaminoglikan (GAG) | Fizik | Nanoteknologi | Polisakarida panjang tidak bercabang yang terdiri daripada sambungan berbilang unit disakarida. GAG merupakan komponen penting untuk menyambung tisu. GAG yang diikat secara kovalen pada protein akan membentuk proteoglikan. Contoh GAG ialah kondroitin sulfat, dermatan sulfat dan keratan sulfat. |
phylogram | filogram | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Salah satu daripada jenis dendrogram. Filogram mempunyai panjang cabang yang tidak sama. Perbezaan panjang cabang menggambarkan perubahan taabir evolusi spesies tertentu. Lihat juga kladogram, dendrogram. |
isometric contraction | penguncupan isometrik | Sains Sukan | Biomekanik | Penguncupan yang tidak melibatkan perubahan pada panjang otot. Penguncupan ini menghasilkan daya tetapi tidak menghasilkan pergerakan. Contohnnya, dalam acara larian pecut, semua otot pelari mengalami penguncupan isometrik ketika mengawal postur antara tempoh bersedia dengan tembakan pelepas. |
long-term asset | aset jangka panjang | Ekonomi | Tiada | Aset kewangan yang mempunyai masa matang yang panjang, biasanya satu tahun atau lebih, atau yang tidak mempunyai masa matang yang pasti. Misalnya, simpanan tetap yang melebihi satu tahun, bon yang hanya boleh ditebus selepas satu tahun. |
anestrus | anestrus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Keadaan ketidakaktifan seks antara dua kitaran estrus pada mamalia betina. Ovari tidak aktif semasa anestrus. Haiwan betina yang tidak menunjukkan sebarang tanda estrus bagi tempoh yang panjang selepas melahirkan anak sering dikaitkan sebagai anestrus. Di kawasan iklim sederhana, tempoh anestrus yang berlaku pada setiap tahun bagi kucing, kuda, biri-biri, kambing dan beberapa spesies lain agak panjang. Di kawasan tropika seperti Malaysia, anjing mengalami anestrus yang panjang. |
phenogram | finogram | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Salah satu daripada jenis dendrogram. Setiap takson mempunyai panjang cabang yang tidak sama. Nod luar bagi setiap takson berada pada paras yang sama untuk menggambarkan persamaan antara mereka secara keseluruhan dan tidak menggambarkan hubungan evolusi. Pepohon ini digunakan untuk menggambarkan persamaan takson dalam satu kelompok tanpa mengambil kira hubungan evolusi. |
teromba | teromba | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba terbentuk bebas, dan panjang rangkapnya tidak tetap. Teromba boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Baris teromba sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan, atau perbandingan. Istilah yang dipakai bersama teromba ialah terasul dan tombo. Terasul merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya penggunaannya dalam majlis perbincangan beradat seperti dalam upacara pertunangan. Sementara tambo bermaksud kisah atau peristiwa sejarah, catatan sejarah atau kronikal. Kini tambo merujuk kepada kisah berunsur sejarah yang tersusun dalam bahasa yang tetap, dan dalam bentuk puisi yang sama seperti teromba. Namun, ketiga-tiganya hampir sama digunakan untuk merujuk kepada susunan kata-kata adat. Contoh teromba: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Air melurut dengan bundarnya, Benar melurut dengan muafakatnya. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Yang tidak ada sama dicari, Sama sakit sama senang. Ke bukit sama mendaki, Ke lurah sama menuruni. Teromba berasal daripada bahasa Minangkabau yang bermaksud salasilah, keturunan seseorang, sekumpulan masyarakat sesuatu bangsa, dan sesuatu sistem. Teromba dikenali juga sebagai perbilangan. Lihat juga tamba, terasul. |
preauthorization | prakebenaran | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Kebenaran yang diberikan oleh syarikat atau pelan insurans kesihatan berkenaan dengan perkhidmatan kesihatan, rancangan rawatan, preskripsi ubat atau penggunaan kelengkapan perubatan dalam jangka masa panjang. Prakebenaran tidak menjanjikan pelan insurans kesihatan tersebut akan menampung kos perkhidmatan yang berkaitan. Prakebenaran juga dikenali sebagai kebenaran awal atau prapensijilan. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
tawa | Ruang panjang yang berbumbung, tidak bersekat dan tempat bersosial; ruai Ib. | - | - | - | - | - | Binaan Bangunan dan Idea Berasosiasi | Tabun |
awa | Ruang panjang yang berbumbung, tidak bersekat dan tempat bersosial; ruai (Iban). | - | - | - | - | - | Binaan Bangunan dan Idea Berasosiasi | Berawan |
jangul | keadaan rumput dan lain-lain yang panjang, lebat dan tidak sekata | - | - | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
malendu | panjang ganti nama bagi ular supaya ular tidak datang ke rumah | - | - | - | - | - | Taboo | Iranun |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
jaket I | singkat; 1 tidak panjang waktu, umur, dll: ~ umuor singkat umur; 2 ki picik atau cetek: ~ akel singkat akal. | Melanau Mukah | |
sutuok | suntuk; 1 sampai hadnya, telah habis waktunya (tempohnya), terlambat, terlewat: masa ngak ~ masa sudah suntuk; 2 selama, sepanjang, seluruh (hari, malam, dll): jelau ~ (sama jelau) sehari suntuk; 3 tidak panjang, pendek, pisik, singkat: ~ wak pikir suntuk | Melanau Mukah | |
chambing | jambul; gumpal rambut atas kepala yg dibiarkan panjang (tidak dipotong). | Iban | |
usah | batang; 1 bahagian pokok yg tumbuh drpd akar: lubeang ~ balau bei sei dlm batang rumbia ada lemantak; 2 benda yg panjang dan bulat spt kemaluan lelaki; 3 penjodoh bilangan bagi benda yg panjang-panjang: alou sama j~ tiang dll yg tidak bersambung, majakaya | Melanau Mukah | |
piluok | tempang; 1 cacat yg tetap pd kaki, capik, pincang: buduoksiyen ~ jebah kakinya tempang sebelah; 2 tidak sama panjang, (kaki kerusi, kaki meja, dll): buduok mija yen ~ kaki meja itu tempang. | Melanau Mukah | |
mapiek | tempang; 1 tempang, pincang, cacat yg tetap pd kaki: ~ kuman jahak kenasusou tempang sejak lahir; 2 tidak sama panjang, kaki kerusi, meja, dll: buduok mijap itou ~ jebah kaki meja ini tempang sebelah; 3 incang-incut: tuneh lakausiyen diak pulek ~ tadi lan | Melanau Mukah | |
sigun | ayam jantan yg panjang kakinya dan tidak subur bulu tengkoknya. | Melanau Mukah | |
kapei II | peran; ~ alou peran yg panjang, peran yg tidak bersambung-sambung; ~ lebok peran rumah; ~ lepau peran pondok. | Melanau Mukah | |
adek | pendek; 1 lwn panjang: sekikit ~ galah pendek; 2 tidak lama, singkat: makin jelau umuor samakin ~ makin sehari umur makin singkat; 3 ringkas (bkn cerita, karangan, kisah, dll); | Melanau Mukah | |
bau II | tinggi; 1 jauh ke atas, tidak rendah: manuok pesilieng ~ burung terbang tinggi; 2 panjang bentuk tubuh: ~ apahsiyen tinggi orangnya; 3 hampir sampai tengah hari: matalau ngak ~ matahari sudah tinggi; 4 peringkat atau tingkat, pangkat, taraf, dll: pakat ~ | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
jalong, *aik jalung* Ib | nama utk minuman tuak yg telah ditimang sepanjang malam dan kemudian diminum oleh orang tertentu dalam sejenis upacara dlm Gawai Antu. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pembulian, *pambulian* Mr | pembayaran balik bagi memenuhi sebahagian daripada hantaran belanja perkahwinan yang belum dipenuhi. | Daripada pengalamannya itu, Eyat menjadi fasih berbahasa Melayu. Dia pernah berkahwin, tapi jodohnya tidak panjang. Isterinya diambil balik oleh keluarga mentuanya, kerana Eyat gagal menjelaskan pembulian ataupun "membayar balik" hantaran pemberian perkahwinannya. | Setulus Sarina | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
garong, *garung* Ib | anyaman berangkai dan bertingkat daripada buluh yang mengandungi ruas buluh tempat menyimpan tuak. Tuak tersebut ditimang (dengan lagu puji-pujian) semalamam dan hanya layak diminum oleh seorang pahlawan. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
alah ayu Ib | lemah semangat atau jatuh sakit akibat melanggar pantang larang. Contohnya, seorang yang hanya biasa mengukir kayu biasa untuk membuat keranda tetapi telah mengukir kayu belian yang hanya layak diukir oleh pengukir tertentu sahaja akan ditimpa sakit atau lemah semangat. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kaval Rg | sejenis baju berlengan panjang tetapi bahagian lengan berkenaan tidak berjahit, dipakai oleh wanita. | Kaval - baju panjang tangan - tangannya dibelah tidak berjahit. Ia dipakai pada waktu hari-hari keramaian saja. Ianya berwarna-warni dan diperbuat daripada benang kapas. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gayang MSb | sejenis parang panjang. | Jika engkau tidak meninggalkan dia, mata gayang ini tidak akan puas selagi tidak menghirup darah, Mecra, katanya. Kupandang gayang atau parang panjangnya itu. Aku gugup. | Pesta Mimpi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bekepit, *kepit* Ib | kepercayaan Iban yang merujuk kepada kedudukan bilik tiga adik- beradik di mana bilik si bungsu tidak boleh terletak di tengah-tengah kerana dipercayai boleh mendatangkan malapetaka. | Susunan bilik mereka diatur dengan baik supaya tidak melanggar pantang rumah panjang yang disebut bekepit. Bilik kepunyaan Anong dan Aning agak besar dan terletak di tengah-tengah rumah panjang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lusong Ky, Kh, LB, Pe | kurap. | Orang ramai di rumah panjang itu memang tidak suka melihat mereka bertiga yang terlalu kotor kerana dihinggapi oleh lusong dan puik. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
puik Ib | sejenis penyakit kudis seperti bisul. | Orang ramai di rumah panjang itu memang tidak suka melihat mereka bertiga yang terlalu kotor kerana dihinggapi oleh lusong dan puik. Begitu juga dengan bapa saudara mereka, dia tak mahu serumah dengan mereka. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
anakbiak, *anak biak* Ib, MSr | pengikut. | Siapa sangka Tuai Rumah yang sudah bongkok belakang itu masih meleleh air liur melihat paha perempuan? Siapa sangka? Anakbiak-anakbiak di rumah panjang semuanya tidak akan percaya. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb دب َ ا )abadan( ًادب َ ا )abadī( یدبا )abr( ربا )abrū( وربا )abrī( ىربا )ablah( هلبا )operātūr( روتارپا )otobūs( سوبوتا )otomobīl( ليبموتا )ettehām( ماهتا permulaan asas, permulaan inovasi keabadian tidak pernah abadi awan kening mendung bodoh operator bas motokar, kereta tuduhan beginning primary, elementary innovation eternity never endless cloud eyebrow cloudy stupid operator bus motorcar accusation ا Kamus Parsi.indb تعرسب )basketbāl( لابتکسب )boshghāb( باقشب )boṭlān( نالطب )ba‘d, dīgar( رگيد ،دعب )ba‘daz, pas az( زا سپ ،زا دعب )baghghāl( لا ّ ـقب )goẕāshtan( نتشاذگ besar, agung kebesaran, keagungan tidak lama lagi katil tutup bungkusan tertutup aiskrim dengan cepat bola keranjang pinggan pembatalan berikutnya setelah pekedai runcit meletakkan big, great greatness soon bed to close parcel closed ice cream rapidly
|
Kamus Sains.indb ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 mho. (KEJ) Abney level (alat aras Abney) Alat yang terdiri daripada binaan teropong segi empat tanpa kanta dan berukur- an kira-kira 125 mm panjang. Sebuah alat piring separuh bulat yang berseng- gat dipasang tetap pada teropong. Tiup gelembung pula dipasang tetap pada lengan vernier dipangsi pada piringan bersenggat. (HUT) abnormal (abnormal) Berkaitan dengan sifat
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Lumpur 2011 SIRI KAMUS ISTILAH MABBIM Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau indd 9 6/6/11 4:01:22 PM xx Lope Zainal Abidin selaku penyelenggara projek. Kepada semua pihak yang turut menjayakan penerbitan kamus ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Mudah-mudahan kamus ini bermanfaat dalam usaha pembakuan bahasa dalam konteks pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan kita. Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
|
Kamus Thai 2.indb mana pun boleh. กก 1 [kok] น menderung: ชาวบ ้ านปลูกต ้ น กกเพื่ อป ้ องก ั นตลิ่ งพ ั ง Penduduk kampung menanam pokok menderung supaya tebing sungai tidak runtuh. กก 2 [kok] ก mengeram: นกกระทากำล ั งกกไข ่ Burung puyuh sedang mengeram. ก ๊ ก [kok] น kumpulan, kelompok: ก ่ อน สม ั ยกรุงธนบุรี กองท ั พไทยแตกเป็นก ยานพาหนะต ้ องเคารพกฎจราจร Pemandu kenderaan harus mematuhi peraturan lalu lintas. กฎธรรมชาติ [-tammaca:t] น hukum alamiah: เกิดและตายไปเป็นกฎธรรมชาติที่ ทุก คนไม ่ สามารถหลีกเลี่ ยงได ้ Hidup dan mati menjadi hukum alamiah yang tidak dapat dielakkan oleh semua orang. กฎบัตร [-bat] น piagam: ประเทศ สมาชิกต ้ องเคารพกฎบ ั ตรสหประชาชาติ Ne- gara ahli mesti mematuhi piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. กฎมนเทียรบาล [-montianba:n] น undang
|
Kamus Thai 2.indb ธรณีประตู [-pratu:] น bendul pintu ธรณีวิทยา [-wi ttaya:] น geologi ธรณีสงฆ ์ [-so] น tanah milik wat: ที่ ธรณีสงฆ ์ ไม ่ สามารถซื้ อขายได ้ Tanah mi- lik wat tidak boleh dijual beli. ธรรม [tam] น ajaran Buddha ธรรมจักร [-macak] น roda Buddha ธรรมชาติ [-maca:t] น alam semula jadi ธรรมดา [-mada:] ว biasa: ในเวลาไม ่ ทำงานเจ ้ าหน ้ าที่ ตำรวจคนนั้ นสวมชุดธรรมดา Waktu tidak bertugas anggota polis itu memakai pakaian biasa. ธรรมนูญ [-manu:n] น piagam: ธรรมนูญ สหประชาชาติไดัรับการลงนามและอนุมัติจาก สมาชิก 50 ประเทศในว ้ นที่ 24 ตุลาคม ปี ค.ศ. 1945 Piagam Bangsa-bangsa Bersatu telah |
Kamus Thai 2.indb ศาสตราจารย ์ สมปราชญ ์ ไม ่ สามารถร ่ วมการประชุมปฏิบัติการ รม ร ่ วม Kamus Thai 2.indb 309 4/15/2008 11:11:59 AM ร 310 ในวันนี้ Profesor Somprach tidak dapat menyertai bengkel pada hari ini. ร ่ วมใจ [-cai] ว bersatu hati: ชาวบ ้ าน ร ่ วมใจกันต ่ อต ้ านโครงการวางท ่ อก ๊ าซไทย มาเลเซีย Orang kampung 2 (แปลงผ ั ก) batas ร ่ องรอย [-r:y] น kesan: โจรเข ้ าไปใน บ ้ านนั้ นโดยไม ่ ทิ้ งร ่ องรอย Pencuri memasu ki rumah itu dengan tidak meninggal- kan sebarang kesan. ร ้ อง [r:] ก berteriak: เด็กคนนั้ นร ้ อง ด ้ วยเสียงอันดัง Budak itu berteriak de ngan suara yang lantang. ร ้ องทุกข ์
|
Kamus Thai 2.indb Negara Thai. 3 mengacukan: ชายในเครื่ องแบบนั้ น จ ้ องปืนของเขามาที่ เรา Lelaki berpakaian seragam itu mengacukan senapangnya ke arah kami. จองหอง [c:h:] ว sombong: ฉันไม ่ ชอบเขาเพราะเขาจองหองมาก Saya tidak suka padanya kerana dia sangat sombong. จอแจ [c:cε:] ว hingar-bingar, hi ngar-bangar, hiruk-pikuk, bising, ri- uh-rendah: บรรยากาศที่ ตลาดนั้ นจอแจมาก Keadaan di pasar itu hingar-bingar ] ว 1 (สี) muda: สีของผนังนี้ ยัง จางอยู ่ ต ้ องทาสีอีกชั้ นหนึ่ ง Warna cat pada dinding ini masih muda, sapulah sela pis lagi. 2 (กลิ ่ น) kurang, tidak kuat จ ้ าง [ca:] ก mengupah: บริษัทท ่ องเที่ ยว จ ้ างนักศึกษาเก็บข ้ อมูลการวิจัย Syarikat pe lancongan mengupah pelajar memu ngut data kajian. จาน [ca:n] น |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
alat tidak piawai | non-standard tool | Alat yang tidak ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pensel digunakan untuk mengukur panjang sesuatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
cacing | worm | Sejenis haiwan yang panjang bulat atau pipih dan tidak beranggota. Cacing hidup di dalam air, tanah, perut manusia atau haiwan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
lipid | lipid | Kumpulan sebatian organik yang mengandungi hidrokarbon alifatik berantai panjang. Contohnya, lemak, lilin, dan sebatian yang diterbitkan daripada lemak. Lipid tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik. Lipid digunakan sebagai sumber tenaga, dan merupakan juzuk penting struktur sel. | Menengah Atas |
malnutrisi | malnutrition | Ketakseimbangan nutrisi, sama ada dari segi kuantiti berlebihan atau berkurangan atau nisbah yang tidak mencukupi untuk tempoh masa yang panjang. | Menengah Atas |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
segi tiga tak sama kaki | scalene triangle | Segi tiga yang ketiga-tiga sisinya tidak sama panjang. Lihat rajah | Menengah Atas |
segi tiga tak sama kaki | scalene triangle | Segi tiga yang ketiga-tiga sisinya tidak sama panjang. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
poligon tak sekata | irregular polygon | Poligon yang tidak semua sisinya sama panjang. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
poligon | polygon | Rajah satah tertutup yang sisinya terdiri daripada 3 atau lebih tembereng garis lurus yang tidak semestinya sama panjang. Lihat rajah | Menengah Atas |
|
Puisi |
---|
|
Besar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok.
Lihat selanjutnya... |
|