Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Merujuk kepada jawapan tuan 'Dalam Kamus Dewan jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu dan tidak lazim. Berdasarkan makna tersebut penggunaan jarang-jarang dalam ayat pertama dan ketiga betul, manakala ayat kedua dan keempat salah'. Pada pemahaman saya, perkataan jarang sama erti dengan jarang-jarang dan bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang. contoh yang diberikan oleh pihak DBP: baju kaus - baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya. Jadi jawapan no.2 sepatutnya diterima. Bagaimana pendapat tuan? sekian terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, membawa beberapa maksud, iaitu: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dan lain-lain seperti gigi jarang dan kain yang jarang; 2. tidak lebat, tidak padat seperti rambut yang jarang; dan 3. jarang = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim seperti jarang berlaku dan jarang terdapat. Berdasarkan huraian tersebut, perkataan jarang tidak selalu sama maknanya dengan jarang-jarang kecuali dalam makna ketiga. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah baju daripada kain yang jarang tenunannya.Tatabahasa20.10.2012
Assalamualaikum. Adakah ayat ini betul ? 1. Sampah sarap itu dibakar oleh mereka. 2. Bahasa yang digunakan dalam cerpen itu sungguh padat.Ayat pertama betul. Ayat kedua salah kerana penggunaan perkataan "padat" tidak sesuai untuk merujuk "bahasa padat".Tatabahasa10.07.2014
Apakah perbezaan antara kosong dan sifa ?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kosong bermaksud 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; manakala sifar pula ialah (angka) kosong.

Istilah21.10.2009
Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? 1) Nasril jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis. - Mana satu yang lebih tepat?jarang pulang ke kampung atau jarang-jarang pulang ke kampung? 2) Ali risau kerana rambutnya sudah jarang.Betul ke penggunaan jarang dalam konteks ayat tersebut?Jarang bermaksud: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap, 2. tidak lebat, tidak padat; dan 3. sama maksudnya dengan jarang-jarang, iaitu tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata jarang dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun apabila hendak menggambarkan maksud tidak kerap lazimnya perkataan jarang-jarang yang digunakan.Tatabahasa19.02.2013
Kata Banyak Makna: PADAT I. Muyassarah meletakkan Kamus Dewan di dalam beg saya kerana begnya terlalu padat. II. Amirah mempunyai jadual belajar yang padat setiap hari. Soalan: Pilihan jawapan yang mana boleh diterima sebagai betul? Terima kasih.Muyassarah meletakkan Kamus Dewan di dalam beg saya kerana begnya terlalu padat. Amirah mempunyai jadual belajar yang padat setiap hari. Kedua-dua ayat ini adalah betul kerana padat bermaksud tidak berongga sedikit pun kerana diisi penuh-penuh.Tatabahasa20.05.2011
1. Mereka jarang balik ke kampung. 2. Pakaian pelakon itu sangat jarang. 3. Keluarga Pak Salleh jarang berkunjung ke rumah kami semenjak pindah ke Kuala Lumpur. 4. Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang. Keempat-empat penggunaan jarang di atas, manakah penggunaan jarang yang lebih tepat. 5. Ibu menanam bunga di taman. Ataupun Ibu menanam pokok bunga di tanam. Manakah ayat yang lebih tepat. Terima Kasih.

Jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): 2. tidak lebat, tidak padat: manakala jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. berdasarkan makna tersebut ayat 2 (Pakaian pelakon itu sangat jarang) dan 4 (Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang) betul penggunaan kata jarangnya, manakala ayat 1 dan 3, yang betul ialah jarang-jarang. 

Tatabahasa07.03.2010
hai ingin tanye istilah untuk "sparse" berkaitan dengan IT. huraian: sparse image is a type of disk image file used on macOS

Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bagi perkataan sparse dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, sparse bermaksud adj scanty, meagre, not dense, jarang; (of population) tidak /padat, ramai/; (of information, coverage, etc) sedikit, tidak banyak: trees in the area are ~, pokok-pokok di kawasan itu tumbuh jarang;.

Dalam istilah bidang teknologi maklumat, terdapat istilah sparse array yang padanannya ialah tatasusunan jarang.

Penyemakan dan penterjemahan06.07.2018
Tuan, Kami sebagai guru sering berhadapan dengan konflik kerana pihak JPN selalu memberikan keterangan bahasa yang bertentangan dengan DEP. Misalnya, perkataan jarang mengikut Kamus Dewan ialah tidak selalu, sekali-sekala; Jadi, ayat yang berbunyi 'Ali jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar' . betul atau sebaliknya? Mengikut jawapan daripada JPN, ialah jarang-jarang. Bukankah jarang-jarang bermaksud tidak rapat untuk gigi atau rambut? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai. Berdasarkan makna tersebut, perkataan jarang-jarang yang diberikan oleh pihak JPN dalam ayat tersebut adalah betul, iaitu Ali jarang-jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar. Tatabahasa30.05.2010
Salam Sejahtera Tuan Saya ingin memulakan satu perkhidmatan kepada pelajar SPM secara online.Perkhidmatan yang kami ingin mulakan adalah EBOOK iaitu nota padat untuk rujukan pelajar SPM pada tahun ini. Kami akan buat nota daripada fakta yang terdapat dalam buku teks sekolah .Kami akan membuat nota padat dalam bentuk EBOOK(PDF). Kami akan pasarkan ebook ini dengan harga yang murah iaitu 0.30 sen satu bab . Saya membuat nota padat ini dalam bentuk PDF dan tidak mencetak dalam kertas. Saya ingin memohon nasihat pihak DBP tentang hak cipta.Adakah pengambilan fakta buku teks akan melanggar hak cipta buku teks. Saya ingin memulakan perkhidmatan ini dengan mematuhi peraturan dan undang-undang malaysia. Saya hanya ambil fakta daripada buku teks untuk membuat nota padat. saya harap pihak DBP sudi memberi nasihat tentang hak cipta buku teks. Terima KasihBerkaitan dengan hak cipta karya yang akan diterbitkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, puan boleh menghubungi bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian  03- 2147 9521 atau 03-2147 9522.Karya23.08.2014
petani itu menyemai benih-benih sawi di tanah yang __. 'gembur' atau 'lembik' yang mana satu lebih sesuai? atau kedua-dua juga sesuai digunakan[lembik:terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll) ; gembur :tidak keras padat (ttg tanah) ]?Perkataan yang sesuai ialah gembur.Tatabahasa29.07.2013
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,