Kata |
Takrif |
Sumber |
memudaratkan | 1. mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan: tiada sesiapa pun yg mahu ~ dirinya sendiri; 2. mendatangkan bahaya (bencana), membahayakan: kita telah membuat garam biasa yg tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
insinuasi | tuduhan yg tersembunyi (tidak langsung), ucapan yg tidak secara langsung ditujukan kpd seseorang utk menghina: adalah membahayakan suara-suara yg mencuba memecahkan persatuan itu dgn tuduhan fitnah dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aman | tidak ada sesuatu yg membahayakan atau yg menakutkan; tenteram; sentosa: Malaysia merupakan negara kecil tetapi ~ dan makmur. Semenjak penjahat-penjahat itu ditangkap, kampung ini sudah ~. mengamankan menjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat. keamanan keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan. pengamanan perihal atau perbuatan (usaha dsb) mengamankan. pengaman orang, pihak dsb yg mengamankan: tentera ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aman | tidak ada sesuatu yg membahayakan atau yg menakutkan; tenteram; sentosa: Malaysia merupakan negara kecil tetapi ~ dan makmur. Semenjak penjahat-penjahat itu ditangkap, kampung ini sudah ~. mengamankan menjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat. keamanan keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan. | Kamus Pelajar |
negatif | (négatif) 1. pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar: saya menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu meletuskan simpati; 2. tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti dsb yg membina (meyakinkan, bersemangat, pasti dsb): mereka dianggap bersikap ~ terhadap perubahan ataupun terhadap diri mereka sendiri; golongan yg putus asa itu mempunyai sikap yg ~ terhadap hidupnya; 3. cenderung membawa kesan atau pengaruh yg tidak elok (membahayakan, merosakkan dsb): perubahan ~ biasanya lebih cepat mendapat reaksi berbanding dgn perubahan positif; kita sedar akan bahaya drpd penyebaran budaya ~ yg dianggap oleh penyebarnya sbg budaya moden dan maju; 4. tidak menunjukkan sebarang tanda atau bukti adanya sesuatu penyakit atau keadaan (bkn hasil ujian diagnosis dsb): mereka yg disyaki menagih dadah itu telah dibebaskan oleh pihak polis setelah hasil ujian air kencing mereka didapati ~; 5. = nombor ~ (Mat) nombor yg lebih kecil drpd sifar; 6. kurang drpd sifar: kayu bergergaji diramalkan akan menunjukkan kadar pertumbuhan yg ~; 7. imej foto pd filem yg belum berupa gambar; 8. lwn positif (elektrik dll); menegatifkan menjadikan negatif: tanggapan sendiri yg ~ sesuatu akan menyebabkan kita menjadi kurang berani menghadapi realiti dan cabaran; menegatifkan menjadikan negatif: tanggapan sendiri yg ~ sesuatu akan menyebabkan kita menjadi kurang berani menghadapi realiti dan cabaran; kenegatifan perihal (keadaan) negatif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takut | 1 tidak berani menghadapi sesuatu yg pd perasaannya akan membahayakan diri dll: Kanak-kanak ~ akan hantu. | Kamus Pelajar |
gawat | berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;menggawatkan menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~; kegawatan keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aras II | (dlm permainan catur) kata seru utk menyatakan bahawa sesuatu buah tidak boleh digerakkan kerana akan membahayakan raja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aras II | (dlm permainan catur) kata seru utk menyatakan bahawa sesuatu buah tidak boleh digerakkan kerana akan membahayakan raja. | Kamus Pelajar |
gentar | 1 gerakan berulang-ulang dgn cepat, spt tali gitar yg dipetik; getar. 2 ki tidak berani terhadap sesuatu yg dianggap dpt membahayakan diri sendiri; takut; cemas: Dlm peperangan itu, mereka sedikit pun tidak ~. bergentar bergerak berulang-ulang dgn cepat; bergetar: Seluruh tubuhnya ~ kesejukan. Terasa bumi ~ akibat letupan yg kuat itu. menggentarkan 1 menjadikan bergerak berulang-ulang dgn cepat; menjadikan bergentar; menggetarkan: Letupan bom itu telah ~ rumah-rumah yg berhampiran. 2 ki menimbulkan rasa takut atau gentar; menakutkan mencemaskan: Penjahat-penjahat di kawasan sempadan telah ~ pekerja-pekerja balak di sana. kegentaran 1 keadaan bergentar. 2 perasaan gentar (gelisah, takut, cemas); ketakutan. 3 mengalami keadaan gentar; berperasaan gentar. penggentar 1 sesuatu (alat dll) yg digunakan utk menggentarkan. 2 orang yg bersifat gentar; penakut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
nonmaleficence | tak mudarat | Kejururawatan | Tiada | Amalan yang dilakukan berdasarkan prinsip tidak membahayakan atau menambah risiko klien. |
controlled burning | pembakaran terkawal | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Pembakaran yang diurus secara teratur agar tidak membahayakan bagi membersihkan kawasan atau membuang bahan api. |
maximum permissible concentration | kepekatan maksimum dibenarkan | Kejuruteraan | Tiada | Kepekatan bahan cemar yang dalam peraturan dianggap tidak membahayakan kesihatan manusia. Sinonim: maximum allowable concentration. |
maximum allowable concentration | kepekatan maksimum dibenarkan | Kejuruteraan | Tiada | Kepekatan bahan cemar yang dalam peraturan dianggap tidak membahayakan kesihatan manusia. |
biodegradable | terbiodegradasi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Keupayaan sesuatu bahan untuk mereput secara semula jadi dan tidak membahayakan alam sekitar, contohnya bioplastik. |
ultraviolet absorber | penyerap ultralembayung | Fizik | Optik | Bahan yang menyerap tenaga sinar ultralembayung dan kemudian melesapkan tenaga tersebut dengan cara yang tidak membahayakan. Penyerap ini digunakan di dalam bahan plastik dan getah untuk mengurangkan kepekaan cahaya. |
ozone friendly | endah ozon | Kejuruteraan | Tiada | Ciri sesuatu yang tidak mengandungi bahan susut ozon dan tidak membahayakan ozon. |
habituation | penghabituatan | Biologi | Ekologi | Fenomenon pembelajaran apabila individu tidak bergerak balas terhadap rangsangan yang berulang-ulang, yang tidak membahayakan. Misalnya, siput babi akan memasukkan seluruh badannya ke dalam cangkerang, jika tentakelnya disentuh, tetapi jika sentuhan itu dilakukan secara berulang-ulang, siput berkenaan tidak akan bergerak balas lagi. |
bacterial contamination | pencemaran bakteria | Perubatan | Tiada | Pencemaran oleh bakteria, tidak semestinya membahayakan. |
pollutant | pencemar | Hidrologi | Tiada | Kumbahan, buangan industri, atau bahan lain yang membahayakan atau tidak diingini yang akan menurunkan mutu air. |
Kamus Sains.indb ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang mengandungi sel yang merembeskan asid hidroklorik dan enzim pencernaan seperti selulase, pepsin dan renin. Bahagian ini juga dikenali sebagai perut sebenar. (BIO) aboospore (aboospora) Oospora yang berkembang secara partenogenesis, iaitu tidak melalui perse- abiogenesis aboospore Kamus Sains.indb 2 7/8/08 11:44:02 AM 3 nyawaan atau pembiakan seks. (BIO) abortifacient (abortifasien/agen penggugur) Agen, ubat atau lain-lain
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Lumpur 2011 SIRI KAMUS ISTILAH MABBIM Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau indd 9 6/6/11 4:01:22 PM xx Lope Zainal Abidin selaku penyelenggara projek. Kepada semua pihak yang turut menjayakan penerbitan kamus ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Mudah-mudahan kamus ini bermanfaat dalam usaha pembakuan bahasa dalam konteks pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan kita. Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
|
|
|