Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Karyawan
T. Alias Taib - Dewan Bahasa dan Pustaka
hanya baru mendapat tempat pada tahun 1964 dalam majalah Angkatan Baru. Puisinya berjudul “Persembahan” dan cerpennya “Dunia Pelayan” masing-masing tersiar dalam Angkatan Baru keluaran Oktober 1964 dan Mac 1965. Tidak lama selepas itu, beliau menumpukan penulisannya dalam bidang puisi sahaja, dan menjadi penyair yang cukup prolifik. Karyanya mendapat perhatian surat khabar serta majalah dan pada satu waktu hampir saban bulan puisinya disiarkan. Pada tahun 1972, beliau menerbitkan sendiri kumpulan puisinya dalam bentuk stensilan bertajuk “Laut
Yahaya Ismail - Dewan Bahasa dan Pustaka
Blog Stats Yahaya Ismail Yahaya @ Mustapha bin Ismail LAHIR : 58, Jalan SS 1/21, Kampung Tunku, 47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. YAHAYA ISMAIL adalah antara penulis Malaysia yang cukup giat menulis terutama dalam bidang esei dan kritikan. Beliau juga menulis cerpen, novel dan pernah sewaktu mula menulis mencuba bakatnya dalam bidang puisi. Yahaya seperti tidak jemu-jemu menulis tentang kesusasteraan. Oleh sebab sumbangannya yang dapat dikatakan konsisten dalam tahun-tahun 1960-an dan 1970-an, khususnya dalam bidang kritikan, beliau pernah mendapat julukan sebagai H
Dharmawijaya - Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam antologi Bingkisan Angkatan Baru yang disusun oleh Jihaty Abadi dalam tahun 1956. Puisinya yang terawal menggunakan nama pena Dharmawijaya tersiar dalam Mastika Oktober 1962 bertajuk “Anak Perantau”. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa kegiatannya dalam bidang penulisan ini telah bermula sejak beliau berada di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim. Suasana di maktab “Suluh Budiman” itu yang sejak awalnya terkenal paling sungguh-sungguh diberikan perhatian ialah bidang perpuisian. Penciptaannya puisi-puisi telah mendapat tempat yang utama di dalam jiwanya kerana beliau menyedari kemampuannya dalam penulisan puisi lebih memperlihatkan potensi yang cukup meyakinkan. Menurut beliau, penciptaan puisi terasa padanya lebih menyentuh hati nuraninya. Justeru, beliau membuat pilihan untuk menumpukan kegiatannya dalam lapangan tersebut secara berterusan. Dan dari semasa ke semasa sedaya mungkin
A. Samad Said - Dewan Bahasa dan Pustaka
kritikan sastera. Sejak giat mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka. Sumbangan A. Samad Said kepada kesinambungan kesusasteraan Melayu kelihatan cukup menyerlah kerana beliau ialah penulis yang begitu menonjol dalam perkembangan kesusasteraan Melayu yang menyambungkan ASAS 50 dengan angkatan sesudahnya. Semasa berumur enam bulan, Samad dibawa oleh keluarganya ke Singapura dan Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s Folly. Beliau menggunting cerpen-cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya. Kegiatan menterjemah beberapa karya sastera asing juga secara tidak langsung memperkuat minatnya terhadap kesusasteraan. Segalanya ini membulatkan tekad dan fikirannya untuk berkecimpung dalam bidang penulisan, dan hasilnya, Samad berupaya menghasilkan pelbagai genre: sajak, novel, drama, esei/kritikan dan terjemahan
Latiff Mohidin - Dewan Bahasa dan Pustaka
1959. Pertengahan tahun 1960, Latiff meninggalkan tanah air untuk menuntut di Academy of Fine Arts, Berlin, Jerman selama empat tahun dengan biaya pemerintah Republik Persekutuan Jerman. Sehingga tahun 1971, Latiff cukup banyak mengembara sambil memperluas pengalaman dan mencipta pelbagai bentuk seni terutamanya seni lukis. Hasil ciptaannya telah dipamerkan dari semasa ke semasa sama ada pameran secara perseorangan ataupun bersama, baik di dan oleh sebab beliau ialah pelukis-penyair yang paling banyak mengembara di Eropah dan Asia, maka Latiff berkesempatan pula berkenalan dengan tradisi dan sastera dunia yang beragam. Puisi-puisi Latiff tidak bertujuan membicarakan sistem atau ideologi yang besar kerana ia lahir terus daripada sumber batin dan pengalaman sehari-hari peribadi penyair sendiri. Sia-sia sahaja jika kita mahu mencari masalah “pertentangan
Nor Aini Mohamad - Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Terengganu, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. NOR AINI MOHAMAD adalah antara penyair wanita yang berbakat dari Pantai Timur. Malah sebagai penyair, beliau mempunyai kekuatan tersendiri, dan puisi-puisinya tidak kurang hebat dan bertenaga dibandingkan dengan penyair-penyair wanita lainnya seperti Zurinah Hassan, Maimoonah Hj. Omar, Zaihasra, Siti Zainon Ismail dan Salmi Manja. Penyair kelahiran Pulau Duyung, Kuala Terengganu ini puisinya yang pertama “Kepada Gadis yang Tempang" dalam majalah Mastika pada Disember 1967, dan bermula dari situ lahirlah Nor Aini sebagai penyair muda yang berbakat dan gigih menulis puisi. Beliau cukup giat menghasilkan puisi pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an. Puisi-puisinya tersiar dalam kebanyakan majalah dan akhbar tanah air iaitu Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, Mastika, Wanita
A. Bakar Hamid - Dewan Bahasa dan Pustaka
PJN) yang membawa gelaran “Datuk” oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 7 Jun 1997. Sebagai pensyarah, beliau memberikan pengetahuan kesusasteraan yang cukup banyak kepada mahasiswa-mahasiswanya dan secara tidak langsung melalui mereka, turut membina asas pengertian kesusasteraan yang lebih baik di kalangan masyarakat dan penulis. Bersama-sama pelajar Penulis Kreatif dan Deskriptif, beliau pernah mengusahakan projek mempermudahkan karya-karya
Abdullah Hussain - Dewan Bahasa dan Pustaka
Muda, Roslani Ashikin, Surykanta, Zamroed) LAHIR : 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman. ALAMAT : 840, Jalan 17/22, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. PENULIS yang cukup prolifik lagi konsisten ini, mempunyai pengalaman yang luas. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan beliau adalah salah seorang penulis Malaysia yang kaya dengan pelbagai pengalaman yang menarik hati. Pengalamannya yang luas serta penguasaannya dalam beberapa bahasa merupakan faktor-faktor yang membantu
Johan Jaafar - Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam bidang Critical Theory. Sekembalinya ke tanah air. Johan meletakkan jawatannya di DBP pada Oktober 1992 kerana mendapat tawaran bekerja dengan Syarikat Kumpulan Utusan Melayu sebagai Ketua Pengarang Kumpulan dan tidak lama kemudian dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut. Kedudukan Johan Jaaffar agak unik dalam kesusasteraan Melayu moden Malaysia. Tidak banyak sasterawan yang sebenarnya boleh hidup dengan selesa dalam “dua alam” – alam sastera/budaya dan alam pengurusan moden/korporat. Beliau nampaknya berupaya menjadi “sasterawan” dan pada waktu yang sama mendaki
Hassan Ahmad - Dewan Bahasa dan Pustaka
dan bahasa Melayu yang terbesar di negara ini. Berkat kesungguhan dan kegigihan beliau, di samping pengalaman beliau yang luas dalam lapangan penyelidikan, Hassan Ahmad telah berjaya menjadi seorang pentadbiran yang cukup berkemampuan dan telah memberikan perhatian yang serius terhadap perancangan bahasa dan sastera. Dari segi bahasa, DBP telah berjaya memperkemas dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang moden dan saintifik serta Ternyata beliau merupakan seorang pejuang yang gigih dan kerana cinta yang mendalam terhadap kesusasteraan dan bahasa sendiri, Hassan Ahmad sanggup meninggalkan jawatan Penolong Pegawai Daerah yang pada waktu itu dianggap cukup berprestij dan penuh `glamour’ semata-mata untuk menyertai DBP yang menjadi pusat bahasa dan kesusasteraan negara. Dalam organisasi penulis, Hassan Ahmad pernah menjadi Ketua I Persatuan Penulis Nasional (PENA) 1966
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
242

A little is better than non

Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.

Asal ada kecil pun pada

We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but a little is better than non . Yesterday, we didn't have any food at all.

Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...