Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
kelemahan dan kebaikan SMS? adakah SMS merosak kan bahasa melayu dan penggunaan SMS dikalangan golongan berpendidikan dan golongan tidak berpendidikan. | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa dan komunikasi dalam penggunaan sms / PEMIKIR : April 2007. 2. Komunikasi kreatif sms/ Dewan Bahasa : Mei 2005. 3. Pengaruh sms terhadap bahasa Melayu / Dewan Bahasa : Julai 2007 | | | | | | | Supyan Husain | Dewan Bahasa | 01/05/2005 |
| Lain-lain | 25.04.2008 |
Assalamualaikum Tuan, Saya ucap jazakumullahu khairan atas perkhidmatan yang baik ini. Seterusnya ada satu penambahbaikan yang penting berkaitan huraian perkataan-perkataan tertentu yang ada hubungkait yang khusus dengan junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad , contohnya perkataan UMMI sepertimana dalam lamanweb, "ummi II Ar tidak berpendidikan (orang yg buta huruf): Nabi Muhammad ialah seorang ~; " kalau guna ayat contoh tentang Nabi maka hendaklah jaga Adab berkaitan Nabi, kerana pembaca akan merasa ada elemen merendahkan khususnya bila bagi contoh tentang nabi setelah menulis tidak berpendidikan, perlu jelaskan disitu bahawa Nabi dididikan oleh Allah sendiri, dan bahawa sifat Ummi (buta huruf) pada orang lain adalah kekurangan tapi pada Nabi adalah kesempurnaan serta mukjizat kerana ilmu Nabi yang sempurna. | Terima kasih kerana memberikan cadangan pembaikan takrif bagi kata pinjaman, khususnya bahasa Arab. Kami mengambil maklum berkaitan hal tersebut. Sebagai tambahan maklumat, sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 17.07.2023 |
salam 1 Malaysia, Adakah perlu meletak tanda koma selepas ayat/perkataan berikut; 1. manakala, dalam bidang pertanian..... 2. ini bermakna bahawa, masyarakat asli lebih kreatif berbanding 3. sementara, orang yang tidak berpendidikan akan sentiasa ditindas oleh golongan elit 5. kesimpulannya, masyarakat perlu berubah. 6. ini menunjukkan bahawa, tidak terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan | Penggunaan koma dalam ayat yang diberi tidak diperlukan kecuali dalam ayat 5. Penggunaan koma ini biasanya digunakan untuk tujuan jeda (dalam teks pengacara). Dalam penulisan rasmi penggunaan koma ini tidak diperlukan. | Lain-lain | 26.08.2015 |
1.Terangkan kenapa bahasa adalah petanda sosial? 2.huraikan fungsi bahasa. | Bahasa berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa perhubungan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Bahasa juga boleh menjadi petanda sosial kerana bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat yang berdarah raja, dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi lazimnya berbeza. Contohnya, bahasa istana hanya digunakan oleh keluarga diraja atau pekerja yang bekerja di istana. Bahasa rasmi pula hanya digunakan untuk situasi rasmi seperti mesyuarat dan perbincangan oleh kakitangan kerajaan ataupun swasta yang berpendidikan rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi. Sementara bahasa dialek atau loghat digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti majlis perkahwinan atau pergaulan dengan masyarakat setempat. Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah merujuk buku Perancangan Bahasa dalam Perancangan Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar. | Tatabahasa | 30.08.2006 |
saudara, bolehkah saudara terangkan mengenai fungsi-fungsi bahasa secara terperinci dan apa yang dimaksudkan dengan bahasa sebagai petanda sosial? | Bahasa berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa perhubungan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Bahasa juga boleh menjadi petanda sosial kerana bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat yang berdarah raja, dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi lazimnya berbeza. Contohnya, bahasa istana hanya digunakan oleh keluarga diraja atau pekerja yang bekerja di istana. Bahasa rasmi pula hanya digunakan untuk situasi rasmi seperti mesyuarat dan perbincangan oleh kakitangan kerajaan ataupun swasta yang berpendidikan rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi. Sementara bahasa dialek atau loghat digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti majlis perkahwinan atau pergaulan dengan masyarakat setempat. Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah merujuk buku Perancangan Bahasa dalam Perancangan Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar. | Istilah | 02.09.2006 |
|
|