Kata |
Takrif |
Sumber |
jadi I | 1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, berlangsung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya: akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~ gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan; b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~ hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu, ~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap (dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~; boleh ~ mungkin, barangkali; ~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~ dinding lasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~ kuda beban prb orang suruhan; ~ penghubung kaki tangan = ~ penghubung mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi pertolongan; ~ penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg menyampaikan pesanan seseorang; ~ teluk olakan air prb perdebatan yg hanya berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pantai, pantai ~ lubuk prb nasib manusia itu tidak tetap, ada kalanya senang, ada kalanya susah; sejadinya asalnya (semula jadi): akal manusia dgn keadaan ~ mengandungi sebahagian drpd makrifat semula jadi; sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuatnya, sekeras-kerasnya: berteriak ~; menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~ pengerusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; 5. menjelma sbg; menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar, hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~; menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar bingar; 2. menyebabkan: kelakuan beginilah yg selalu ~ orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya telah ~nya pengawas perusa-haan itu; terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh kerosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (terbentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (terutamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal terjadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; penjadian perihal (proses) menjadikan, penciptaan, pewujudan; penjadi ark orang dll yg membuat (menjadikan) sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sempurna | 1. tidak ada cacat celanya (ke-kurangannya): iman yg ~ dan pekerti yg baik itulah yg kekal; hidup yg ~; 2. lengkap, tidak ada kekurangan: tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan; anggota badan-nya tidak ~; 3. baik lagi teratur (latihan dll): upacara itu dilangsungkan dgn cukup ~; 4. sudah selesai (tamat) dgn selamat atau sebaik-baiknya: ~lah sudah tugasnya sbg seorang anak yg telah berjasa kpd ibunya; 5. baik sekali, sesuai: saat yg ~; menyempurnakan 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerjakan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, permintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y; kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; penyempurnaan perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, melengkapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya memperlihatkan ~ kpd ke-inginannya; penyempurna orang dll yg menyempurna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidup | 1. terus bernyawa atau bernafas (bkn manusia, binatang, dll), tumbuh dan membesar (bkn tumbuh-tumbuhan), tidak mati: kedua-dua ibu bapanya masih ~; tiap-tiap orang mengetahui bahawa udara mustahak utk ~; pokok-pokok bunga yg ditanam oleh ibu saya semuanya ~; seumur ~ sepanjang masa seseorang itu hidup; 2. duduk (tinggal di, berkediaman di): saya tidak menghendaki istana, vila, atau rumah besar utk tempat ~; 3. berada dlm keadaan tertentu: ~ bahagia (mewah dll); 4. = ~ dr = ~ dgn mendapat rezeki dgn (cara-cara tertentu): kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah; 5. sr kata utk menyatakan harapan agar berjaya (kekal, selamat, dll): mereka menyeru, ~!, ~! 6. tidak dilupakan atau tidak hilang (nama orang dll): nama orang-orang yg berkhidmat utk nusa dan bangsa tetap ~; 7. masih bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dll); 8. masih bekerja atau giat (bkn enjin, jam, dll): syarikat kerjasama itu masih ~ lagi; jam aku sebentar ~ sebentar mati; di Indonesia masih terdapat beberapa buah gunung berapi yg ~; 9. masih menyala (api dll); 10. masih dipakai (jalan, sungai, bahasa, dll): bahasa yg ~; 11. masih segar atau baru (sayur-mayur, ikan, dll); 12. bergerak cergas (perniagaan, kegiatan, dsb): dgn tamatnya konfrontasi perniagaan Indonesia-Malaysia ~ kembali; 13. spt keadaan yg sebenarnya atau dilihat (lukisan, cerita, dll); 14. bukan yg dikeringkan, diasinkan, dijeruk dsb (bkn cili, halia, kunyit, ikan, dsb): kunyit ~; ikan ~; 15. bukan yg telah dikeringkan atau direka oleh manusia drpd plastik, kertas, dsb: bunga ~; 16. (bkn wayar dsb) ada aliran arus elektrik: wayar ~; ~ dikandung adat, mati dikandung tanah prb waktu hidup hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yg berlaku, setelah mati terserahlah kpd Tuhan; ~ di hujung gurun orang prb orang yg hidup melarat; ~ dua muara prb hidup dgn dua macam pencarian; ~ kayu berbuah, ~ manusia biar berjasa prb pd ketika hidup eloklah berbuat baik utk diri sendiri dan utk masyarakat; ~ sandar-menyandar umpama aur dgn tebing prb a) suami isteri yg berkasih-kasihan; b) sahabat yg setia dan bertolong-tolongan; ~ segan mati tak mau prb orang yg hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit); ~ tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah prb berusahalah dgn tenaga dan fikiran sendiri dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain; drpd ~ bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah prb drpd hidup menanggung malu, lebih baik mati; jauh berjalan banyak dilihat, lama ~ banyak dirasa prb sudah banyak pengalaman; kalau bangkai galikan kuburnya, kalau ~ sediakan buaiannya prb tunggu dahulu dgn tenang apa yg akan terjadi, kemudian barulah dibuat pertimbangan; sehidup hidup bersama; ~ semati setia terhadap satu sama lain; hidup-hidup 1. benar-benar hidup; 2. = hidup-hidupan (dlm keadaan) masih hidup: pengganas itu telah cuba membakar seorang majistret dan seorang pegawai polis ~; 3. ki benar-benar, terang-terang: aku sudah kena tipu ~; menghidupi 1. membiarkan hidup (tidak dibunuh): kedua-dua anaknya itu pun berlutut di hadapan ayahnya bermohon supaya budak itu dihidupinya; 2. menjaga atau memelihara supaya hidup (spt diberi makan dll): maka beberapa pun Sultan Mahmud hendak ~ Tun Ali Hati, tiada juga Tun Ali Hati itu mahu hidup; menghidupkan 1. membuat supaya hidup (terus bernafas), tumbuh dan membesar: mustahil kita dapat ~ semula orang yg telah mati; pembajaan yg teliti boleh ~ pokok itu; 2. menjadikan bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dsb); 3. membuat supaya berjalan (bkn enjin, jam, dsb): berusaha ~ kembali syarikat kerjasama itu; ~ enjin keretanya; 4. menyalakan (api, lampu, dsb), memasang: ~ api dapurnya; 5. menimbulkan kembali (sesuatu kenangan lama dsb): ~ kenang-kenangan lama sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu; 6. menyebabkan sesuatu cerita, lukisan, dsb hidup (yakni spt keadaan yg sebenarnya): dia begitu pandai memilih warna sehingga ~ lukisannya; 7. menjadikan suasana giat dan bersemangat: gelak ketawanya ~ suasana di dlm rumah itu; 8. menyebabkan timbul sesuatu perasaan, minat, dsb: ~ minat mereka utk bekerja dgn lebih keras lagi; memperhidup menjadikan lebih hidup (giat, bersemangat, dll): rakyat harus ~ semangat bekerjasama antara kaum; hidupan, hidup-hidupan 1. sesuatu yg hidup (binatang, tumbuhan, dll): kuman ialah sj ~ seni yg sangat-sangat halus; ~ seni mikroorganisma; 2. = binatang ~ binatang ternakan (yg dipelihara): maka adalah drpd hidup-hidupan mereka itu drpd kerbau dan kambing dan sedikit-sedikit lembu dan ayam itik; kehidupan perihal hidup: sejak kampung itu diganggu oleh komunis ~ penduduknya semakin sempit; penghidupan cara (menguruskan, menyelenggarakan) hidup, pencarian: Tuan Sutan menghamun pemerintah kerana cuba menukar dan merosakkan ~nya; Badaruddin akrab dgn ~ peneroka hutan di negeri Pahang; penghidup alat atau bahan utk menghidupkan sesuatu (enjin, api dsb): pelita ini menggunakan minyak zaitun sbg ~ nyalanya; ~ enjin elektronik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar I | 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazimnya tumbuh ke dlm tanah; jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menengah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis Ö4 = 2; 3Ö125 = 5; 5Ö243 = 3; ~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~ tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) keseluruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya membezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membongkar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik; ~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau pandai mencencang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pandai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain; tiada rotan ~ pun berguna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu; berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi bertapak atau berasas kpd (sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu perlu dikikis; mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderungan ini semakin ~ dlm masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harimau | sj binatang mamalia yg buas (rupanya spt kucing); jenis-jenisnya: ~ akar = ~ dahan, Neofelis nebulosa; ~ belang, Panthera tigris; ~ bintang = ~ kumbang, Panthera pardus, dll; ~ akuan harimau jadi-jadian, cenaku, kembering; ~ tanpa gigi orang yg telah tiada kuasanya lagi: saya akan buktikan yg MPPJ bukan ~ tanpa gigi; bagai ~ kelaparan ki sangat ganas; ~ ditakuti sebab giginya prb orang yg berpangkat itu ditakuti kerana ada kuasanya; ~ mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading prb orang yg berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati; ~ mati kerana belangnya prb perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya; ~ mengaum tak akan menangkap = ~ bertempik tak akan makan orang prb orang yg marah dan berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul; anak ~ diajar makan daging prb orang yg zalim digalakkan membunuh; anak ~ tak akan menjadi anak kambing prb orang yg berani tak akan jadi penakut; bagai ~ beranak muda prb perihal orang yg sangat bengis (garang dll); spt ~ menyembunyikan (menyorokkan) kuku prb orang berpengetahuan yg menyembunyikan pengetahuannya; sudah masuk ke dlm mulut ~ prb sudah pasti binasa; mengharimaui memarahi (memberangi) dgn menengking-nengking dll, memperlakukan dgn kejam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
splinter party | parti serpihan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik yang ditubuhkan hasil daripada perpecahan sebuah parti yang besar. Parti ini biasanya bersaiz kecil dan tidak mendapat sokongan yang besar serta sukar menyaingi parti yang sudah terkenal. Parti ini juga dibayangi dan dipimpin oleh seorang tokoh tertentu yang keluar daripada parti asal. Parti ini biasanya tidak dapat bertahan lama apabila pemimpinnya sudah tiada lagi atau ideologinya tidak dapat diterima masyarakat. Contohnya, Hamim yang dipimpin oleh Datuk Mohd. Asri dan Berjasa yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Nasir merupakan parti serpihan yang terhasil daripada krisis dalam PAS pada tahun 1977. |
|
|