Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
KOnduktor bas itu tidak berhati perut _____. A betul B amat Apakah jawapan yang paling sesuai? Terima kasih. | Sdr. Ginalim, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Jawapan yang betul ialah tidak berhati perut betul. Terima kasih. | Makna | 20.08.2009 |
1) Apakah maksud nako dalam ayat ini? Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako yang terbuka luas. 2) Apakah maksud kaulingkup dalam ayat ini? Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kaulingkup. Terima kasih. | 1. Nako dalam ayat "Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako" ialah (jenama) jenis tingkap kaca yang disusun berlapis-lapis. 2. Kaulingkup dalam ayat "Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kaulingkup" ialah gabungan kata engkau dan lingkup. Kau merupakan pangkasan kata engkau (kata ganti nama diri kedua), manakala lingkup bermaksud gagal atau tidak berhasil. | Makna | 06.10.2023 |
|
|