Kata |
Takrif |
Sumber |
peheh | Tr tidak berdaya, tidak berapa pandai: dia tu ~ tapi hendak sangat bermain bola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermaya | ; tidak ~ tidak berdaya, lemah, lesu: badannya letih lesu seolah-olah tidak ~ lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maya II | ; bermaya; tidak ~ tidak berdaya, lemah, lesu: badannya letih lesu seolah-olah tidak ~ lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penat | tidak berdaya lagi melakukan sesuatu; berasa memerlukan rehat; letih. memenatkan menyebabkan berasa penat; meletihkan. kepenatan 1 berasa penat; keletihan: Dia ~ setelah mengejar pencuri itu. 2 keadaan atau rasa penat: Segala ~nya hilang apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya yg cemerlang itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jerih | tidak berdaya lagi; lelah; letih. ~ lelah (payah, penat) usaha yg dilakukan dgn susah payah. penyakit ~ sesak nafas; lelah. berjerih berusaha dgn sungguh-sungguh; bersusah payah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penat | tidak berdaya lagi melakukan sesuatu; berasa memerlukan rehat; letih. memenatkan menyebabkan berasa penat; meletihkan. kepenatan 1 berasa penat; keletihan: Dia ~ setelah mengejar pencuri itu. 2 keadaan atau hal penat. | Kamus Pelajar |
jerih | tidak berdaya lagi; lelah; letih. ~ lelah (payah, penat) usaha yg dilakukan dgn susah payah. penyakit ~ sesak nafas; lelah. berjerih berusaha dgn sungguh-sungguh; bersusah payah. | Kamus Pelajar |
lelah | 1 tidak berdaya lagi; letih; penat: melepaskan ~ berehat. 2 penyakit susah bernafas; asma. berlelah membuat sesuatu sehingga lelah: Mengapa ~ datang ke sini? melelahkan menyebabkan menjadi lelah. kelelahan hal atau keadaan lelah; kepenatan; keletihan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
apa daya | tidak berdaya lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lelah | 1. tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat: kerana ~nya orang itu bercakap termengah-mengah; ~ jerih = ~ payah tersangat lelah; melepaskan ~ berehat; 2. penyakit sesak nafas, asma; berlelah, berlelah-lelah melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja kuat, berpenat: sekurang-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu setelah ~ sekian lama menuai padi yg sedang masak itu; melelahkan, memperlelah menyebabkan jadi lelah, menjadikan lelah, meletihkan, memenatkan: kerja ini sangat ~; kelelahan 1. perihal lelah, keletihan, kepenatan; 2. lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ . | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
win by referee stop contest (R.S.C.) | menang henti tanding | Sukan | Tiada | Keputusan referi yang memberikan kemenangan kepada petinju, kerana menurut penelitiannya lawan pemenang berada dalam keadaan tidak berdaya, luar tara, tidak seimbang, dan tidak bersungguh-sungguh. |
hors de combat | hors de combat | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Golongan penempur yang tidak lagi berdaya untuk mengambil bahagian dalam permusuhan kerana sakit, lukaluka atau memang telah menyerah kalah. Hors de combat ini biasanya diberikan status tawanan perang, dan oleh yang demikian hendaklah dilindungi daripada disasarkan, dan hendaklah diperlakukan secara manusiawi dan dirawat (jika sakit atau terluka). Walau bagaimanapun, mereka tertakluk kepada pendakwaan dan hukuman sekiranya melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. |
hurricane wind | angin hurikan | Sains | Hidrometeorologi | Angin kencang siklon tropika (hurikan atau taufan). Istilah ini tidak mempunyai konotasi teknikal yang lain, tetapi ia mudah dikelirukan dengan angin berdaya hurikan. |
primipara | primipara | Perubatan | Tiada | Perempuan yang telah melahirkan anak pada pertama kali, tidak kira sama ada bayi yang dilahirkan itu hidup atau mati, dengan syarat bayi yang mati itu telah mencapai peringkat perkembangan yang berdaya hidup di dalam rahim. Sin: para I |
isallobaric wind | angin isalobar | Sains | Hidrometeorologi | Angin yang halaju berdaya Coriolisnya tepat mengimbangi angin geostrofi tempatan yang sedang memecut. Secara matematik angin isalobar, Vis ditaktifkan berdasarkan pecutan tempatan tetapi berhampiran dengan gradien alobar seperti yang berikut: ?H Vis = k X l ?Vg = ? ?V ?t 2 ?t' dengan k ialah unit vektor menegak; parameter Coriolis; V g angin geostrofi; ? isi padu spesifik; ?H operator del mendatar; dan p tekanan. Oleh itu, angin isalobar terarah tegak lurus kepada isalobar terdap tekanan yang menurun dengan magnitud berkadaran terus dengan gradien alobar. Oleh sebab angin isalobar dikaitkan dengn kesan setara dan juga kerana banyak andaian digunakan untuk menerbitkan persamaan ini, semua keterangan yang dicerap berkaitan dengan angin ini tidak memuaskan. |
isallobaric wind | angin isalobar | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang halaju berdaya Coriolisnya tepat mengimbangi angin geostrofi tempatan yang sedang memecut. Secara matematik angin isalobar, Vis ditaktifkan berdasarkan pecutan tempatan tetapi berhampiran dengan gradien alobar seperti yang berikut: ?H Vis = k X l ?Vg = ? ?V ?t 2 ?t' dengan k ialah unit vektor menegak; parameter Coriolis; V g angin geostrofi; ? isi padu spesifik; ?H operator del mendatar; dan p tekanan. Oleh itu, angin isalobar terarah tegak lurus kepada isalobar terdap tekanan yang menurun dengan magnitud berkadaran terus dengan gradien alobar. Oleh sebab angin isalobar dikaitkan dengn kesan setara dan juga kerana banyak andaian digunakan untuk menerbitkan persamaan ini, semua keterangan yang dicerap berkaitan dengan angin ini tidak memuaskan. |
innovative thinking | pemikiran inovatif | Pengurusan | Perancangan | Keupayaan berfikir yang mencetuskan idea secara kreatif untuk melahirkan sesuatu produk atau perkhidmatan baharu yang lebih cekap dan berkesan. Proses pemikiran inovatif melibatkan tiga unsur utama, iaitu kreativiti, pembangunan idea, dan pelaksanaannya. Pemikiran inovatif tidak semestinya berlaku dengan memperkenalkan produk baharu tetapi juga melalui cadangan penambahbaikan terhadap produk atau proses yang sedia ada. Pemikiran inovatif juga boleh dirujuk sebagai berfikir di luar kotak. Setiap peringkat dalam organisasi digalakkan mempunyai kemahiran pemikiran inovatif supaya organisasi tersebut lebih berdaya saing dan terus maju. |
public accountability | akauntabiliti awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa. |
|
|