Sand, George (18041876) ialah nama pena Amantine-Aurore-Lucile Dupin, seorang penulis wanita Perancis pada tahun 1800-an. Karyanya dikagumi oleh para penulis agung zamannya. Tulisan Sand sudah tidak lagi disukai selepas dia meninggal dunia dan dia dikenang hanya kerana cara hidupnya serta percintaannya yang mengejutkan dengan penggubah Frédérick Chopin dan penyair Alfred de Musset. Dia melanggar tatasusila sosial dengan menghisap cerut dan memakai pakaian lelaki. Semenjak gerakan wanita muncul pada pertengahan tahun 1900- an, karya Sand telah dijumpai semula dan dia menarik perhatian yang kritis sebagai novelis dan penulis autobiografi. |