PeribahasaAnjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga.TakrifOrang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHangat-hangat tahi (= cirit) ayam.TakrifTidak bersungguh-sungguh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang.TakrifBarang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki.TakrifAib sanak saudara kita tentu kita ikut memikulnya, takkan dapat dipikul oleh orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.TakrifSeseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi). bergelumang = kotor berlumur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga.TakrifOrang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.TakrifOrang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ayam mabuk tahi.TakrifPucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.TakrifCakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya. (Biasa juga: Cakap berdegar-degar, tumit di keting).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDaripada hidup bergelumang (= berlumur) tahi, baik mati bertimbun bunga.TakrifLebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar berputih tulang, jangan berputih mata, b. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Pinang muda atas ragian, Pinang tua beragi-ragi; Kalau muda tahi gigian, Biar tua sekali-kali.
Lihat selanjutnya... |
|