Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Biarlah orang memasang rebung, Rebung itu banyak malangnya; Biarlah orang berlagak sombong, Sombong itu banyak malangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan suka menetak rebung, Rebung itu banyak bulunya; Jangan suka berlagak sombong, Sombong itu banyak musuhnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yanglah gembung biarlah gembung, Supaya dapat dicontoh bentuknya; Orang tua sombong biarlah sombong, Supaya cepat tumbuh tanduknya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Rosak tiang kerana condong, Tiang condong cepat robohnya; Rosak orang kerana sombong, Orang sombong cepat jatuhnya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Siapa kata kacang tak condong, Semua kacang condong belaka; Siapa kata bujang tak sombong, Semua bujang sombong belaka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kisah puteri Santubong, Dengan puteri Sejejang; Kisah orang sombong, Suka hina orangPantun Melayu SarawakBudi
Buah jagung dibuat bubur, Tambah gula lebih perisa, Tidak sombong tidak takbur, Tambah elok berbudi bahasa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Encik Gamung orang Melaka, Lipatlah kajang kemas-kemas; Janganlah sombong adik berkata, Di mana kijang bertanduk emas?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buah kepayang dari Senggarang, Pergi Separut membuat wajik; Dulu kaya sombong dan garang, Sekarang papa semua mengejek.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Puisi
 

Dagangan datang dari Melaka,
     Timbang mari dacing tembaga;
Cakap sombong saya tak suka,
     Lantai nibung makan kepala.



Lihat selanjutnya...