Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum, Mohon jasa baik pihak tuan/puan mengenal pasti penggunaan ayat manakah yang lebih tepat. 1. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. 2. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua tahun setengah. Jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan Terima Kasih:) | Yang betul adalah yang pertama, iaitu Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. | Tatabahasa | 21.11.2011 |
Catatan dalam minit mesyuarat. Betulkah penggunaan ayat. "Mengambil Maklum'. Contoh 1: Mesyuarat mengambil maklum laporan oleh Akauntan Jabatan mengenai status keseluruhan perbelanjaan mengurus untuk setengah tahun 2018. |Contoh 2: Pengerusi mengambil maklum aduan Pegawai Tadbir mengenai kelewatan pegawai mengemukakan tuntutan perbelanjaan bulanan. | Penggunaan kata "mengambil maklum" dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Lazimnya minit mesyurat mencatatkan mengambil maklum atau memutuskan.
| Tatabahasa | 25.07.2018 |
(1) Ayat bahasa inggeris ialah "with the contuinity of residence in Malaysia" diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia sebagai "dengan keberterusannya kemastautinan di Malaysia" Penggunaan perkataan "residence" di dalam ayat B.I tersebut telah diterjemahkan kepada kemastautinan. Sama ada terdapat sebarang perbezaan perkataan kemastautinan dengan perkataan permastautinan? (2) Ayat Bahasa Inggeris ialah "twelve and a half year". Sama ada terjemahan di dalam Bahasa Malaysia ialah dua belas tahun setengah atau dua belas setengah tahun? | Saudara, i. Perkataan kemastautinan merujuk keadaan manakala permastautinan merujuk perihal bermastautin. ii. Dua belas setengah tahun | Lain-lain | 25.02.2010 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah terdapat kesalahan tatabahasa pada ayat-ayat berikut dan jika ada apakah kesalahannya? Mohon beri pencerahan. Terima kasih. 1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin. 2. Ketua tingkatan meminta semua murid di Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak tiga setengah ringgit untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. 3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam, " kata Johari kepada rakan baiknya. 4. Pemaju perumahan itu bankrap menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. 5. Beribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam. | 1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin. 2. Ketua tingkatan meminta semua murid di dalam Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak RM3.50 untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. – Kelas merupakan bentuk fizikal yang boleh dilihat ruangnya, maka penggunaan yang betul ialah frasa di dalam. 3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam," kata Johari kepada rakan baiknya. 4. Pemaju perumahan itu bankrap sehingga menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. - Sehingga dalam ayat tersebut bermaksud sampai menjadi, iaitu sesuatu berlaku dan mengakibatkan sesuatu yang lain. 5. Beribu-ribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam. – Penggunaan beribu-ribu betul kerana menunjukkan beberapa ribu atau banyak ribu. Manakala perkataan beribu merujuk kepada mempunyai ibu atau menanggap sebagai ibu. | Tatabahasa | 11.11.2020 |
saya pernah belajar bahasa farsi selama 3 tahun setengah di iran. Saya berminat ingin menjadi penterjemah bahasa farsi ke versi bahasa melayu sama ada suntingan filem2 iran ke bahasa melayu ataupun karya penulisan. Bagaimana saya ingin bekerja dalam bidang penterjemah tersebut melalui DBP. Sila jelaskan dengan lebih lanjut.terima kasih | DBP tidak melaksanakan kerja-kerja terjemahan sebagai fungsi utama. Sdr dicadangkan berhubung dengan Institut Terjemahan Negara. | Lain-lain | 25.08.2010 |
Sesetengah harta benda yang dikumpulnya selama ini musnah dalam kebakaran itu. (Adakah sesetengah boleh digunakan untuk benda?) Kalau tidak, tolong betulkan ayat di atas. Ada guru bahasa Malaysia di sekolah saya mengatakan bahawa sesetengah boleh digunakan untuk manusia. Setelah saya rujuk Kamus Dewan, ayat dalam Kamus Dewan menunjukkan sesetengah digunakan untuk manusia. Ayat di atas merupakan soalan ujian pertengahan tahun bahasa Malaysia. Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sesetengah bermaksud beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah. Oleh itu, sesetengah boleh digunakan untuk benda dan manusia. Sesetengah dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud "sebahagian daripada". | Tatabahasa | 15.05.2012 |
Manakah istilah yang betul: Pelajar baru atau pelajar baharu. Kolej saya akan menerima pelajar yang akan mendaftar pada bulan mei nanti. Ada setengah pegawai di kolej saya mengatakan istilah yang betul ialah pelajar baharu. sekian, terima kasih. | Baru dan baharu sebagai kata adjektif , padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Digunakan dalam konteks rumah baru/rumah baharu, tahun baru/tahun baharu, baju baru/baju baharu, muka baru/muka baharu, dan pelajar baru/ pelajar baharu. Manakala baru sebagai kata bantu, padanannya dalam bahasa Inggeris ialah just. Digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. | Istilah | 25.04.2011 |
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durasi tetapi mengapa ada istilah itu digunakan dalam istilah bahasa melayu. mengapa tak selaras untuk setiap produk PRPM? soalan saya, wujud atau tidak istilah Durasi? terima kasih tuan, | Mengikut Kamus Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, "durasi" bermaksud tempoh masa berlangsung sesuatu program, persembahan, filem dan sebagainya. Contoh ayat: "Mulai tahun hadapan, durasi program itu akan ditambah dari 15 minit menjadi setengah jam." | Makna | 12.07.2022 |