Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Dialek ; Katan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ingin bertanya, yang mana satukah ayat yang betul? 1. Pertandingan cerita atau.. 2. Pertandingan bercerita

Kedua-duanya betul. Sekiranya pertandingan untuk memilih cerita terbaik sama ada cerita pendek atau cerita seram, pertandingannya ialah Pertandingan Cerita Pendek atau Cerita Seram. Sekiranya melibatkan pencerita dan tujuan pertandingan adalah untuk memilih pencerita dan cerita terbaik maka pertandingannya ialah Pertandingan Bercerita.     

Tatabahasa15.04.2009
Salam..boleh tahu istilah bagi watak hantu (pontianak, zombi). adakah disebut sebagai watak seram?

Watak ialah tokoh atau pelaku dalam karya sastera atau seni seperti novel, cerpen, drama dan sebagainya.  Terdapat beberapa jenis watak, antaranya:

1. Protagonis, iaitu watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik.
2. Antagonis, iaitu watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis.
3. Watak bulat atau bundar ialah watak yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik.
4. Watak dinamik ialah watak yang sinonim dengan watak bulat atau bundar. Watak ini digambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita.
5. Watak pipih ialah watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya. Watak ini diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja.

Berdasarkan jenis-jenis watak tersebut, tidak ada istilah watak seram. Sebaliknya, jenis watak bergantung kepada jalan cerita, iaitu bagaimana sesuatu watak itu fungsi untuk mendukung idea pokok, mengembangkan idea berkenaan sehingga berjaya mencapat matlamat.

Makna15.08.2021
Filem Melayu yang ditayangkan di pawagam pada masa kini ___ kisah seram. 'banyak memaparkan' / 'memaparkan banyak' juga boleh diterima bagi ayat itu?Frasa yang tepat ialah ...banyak memaparkan.Tatabahasa16.07.2013
Selamat sejahtera........ Bolehkah saya tanya beberapa soalan mengenai tatabahasa ? 1. I Kampung Jaya landa banjir sejak pagi semalam. II Filem seram itu mereka tonton. III Pokok bunga itu kakak siram. Ayat manakah yang betul ? 2. Bapa membeli sebuah kereta baru? atau Bapa membeli sebuah kereta baharu? Terima kasih..........1. Ayat kedua dan ketiga betul.
2. Kedua-dua ayat tersebut juga betul kerana baru dan baharu sama maknanya dan diterima sebagai terjemahan new.
Tatabahasa06.03.2012
Selamat pagi. Sekadar ingin bertanyakan terjemahan paling sesuai untuk perkataan "urban legend" iaitu kejadian yang dianggap berlaku namun sebenarnya tidak. Terima kasih. Yang benar, HamdanTidak ada terjemahan urban legend dalam pangkalan data kami. Dalam konteks budaya kita, genre yang boleh menggambarkan maksud perkataan urban legend ialah cerita jenaka, cerita seram dan cerita rakyat, namun tiada satu kata atau frasa yang boleh menggambar maksudnya.Penyemakan dan penterjemahan09.12.2014
air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. soalan saya ialah mengikut kamus dewan edisi ketiga, maksud meremang kedua ialah mengalir perlahan-lahan, meleleh, bersimbah (peluh). bolehkah meremang bagi pernyataan di atas. air mata boleh digunakan?Air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. Maksud meleleh atau bersimbah peluh tidak lazim digunakan untuk meremang, makna yang lazim ialah tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), kata lainnya seram. Oleh itu kata meremang tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, yang betul ialah "Air matanya mengalir sewaktu melihat jenazah isteri dan anak kecilnya"Tatabahasa22.06.2008
1
Tesaurus
 
seram (adjektif)
Bersinonim dengan ngeri, gerun, gentar, kecut hati, seriau, takut, sengkak;,
Kata Terbitan : menyeramkan,