Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kuda jahat selalu meragam, Makin diajar bertambah pandai; Bulan terbit terangkan alam, Bintang timur terangkan pantai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari Beaufort pergilah Lumadan, Selalu ingin berlari-lari; Kalau terluput nyawalah di badan, Barulah boleh adik mengganti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gunung Saga Gunung Banang, Bukit Pengaram kelihatan indah; Bila terjaga selalu terkenang, Hati di dalam semakin gundah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari hulu turun ke pekan, Sampannya rosak di tengah hari; Kalau selalu ingatkan Tuhan, Apa dipinta pasti diberi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan bawa perahu, Muatan isi buah berangan; Hendak berbudi biar selalu, Supaya boleh buat kenangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terang bulan di Pulau Pinang, Orang berancah di dalam kapal; Tidur malam selalu mengenang, Air mata jatuh ke bantal.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalu

Puisi
 

Hujan lebat selalu bah,
     Bunyi berdentum tali temali;
Hendak balik serba salah,
     Baik kulangsung sama sekali.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
437

Once burned, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekali tersengat, selalu beringat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once burned, twice shy .

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali tersengat, selalu beringat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...