Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kalau selalu bermain silat, Lambat-laun jadi hulubalang; Kalaulah malu bekerja berat, Lambat-laun mati berhutang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu bermain silat, Lama-lama jadi pendekar; Kalaulah malu bekerja berat, Lama-lama kan rugi besar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu menebas ladang, Tentulah padi di tanam subur; Kalau terlalu menindas orang, Tentulah keji di dalam kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah jalan selalu rosak, Siapa lewat akan terhalang; Kalau berkawan terlalu tamak, Semua sahabat akan menghilang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau dahan selalu goyah, Manakan dapat hendak bertumpu; Kalau makan terlalu serakah, Manakan ingat ke anak cucu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila berjalan selalu menepi, Tentu tiada bala melintang; Apabila puan mahu berjanji, Tentu tak lengah hamba meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Terpelihara jerat selalu mengena, Terpelihara sumbu pelita terang; Terpelihara adat Melayu ternama, Terpelihara laku disukai orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kuda jahat selalu meragam, Makin diajar bertambah pandai; Bulan terbit terangkan alam, Bintang timur terangkan pantai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau selalu makan tenguli, Lama-lama muakkan pindang; Kalau selalu termakan budi, Lama-lama diperbudak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalu

Puisi
 

Hujan lebat selalu bah,
     Bunyi berdentum tali temali;
Hendak balik serba salah,
     Baik kulangsung sama sekali.



Lihat selanjutnya...