Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum. Saya ingin kemukakan beberapa pertanyaan. Mohon dapatkan jawapan dan penjelasan. 1. Perbezaan frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK. 2. Tepat atau tidak penggunaan kata iaitu HASIL LAUT KERING bagi menggambarkan hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. 3. JERUK MADU PAK ALI. Betul atau tidak maksud ungkapan ini membawa dua makna iaitu: i. Jenama jeruk milik Pak Ali yang dikenali sebagai JERUK MADU ii. Hasil perniagaan jeruk ini dimiliki oleh isteri-isteri Pak Ali, kerana kehidupan bermadu oleh Pak Ali. Terima kasih atas bantuan yang diberi. Sekadar menambah pengetahuan kebahasaan. ISMAIL BIN HASHIM BALING KEDAH. | 1. Frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK sama maksudnya, perbezaan pada meletakkan kata adverba "selalu" selepas dan sebelum kata kerja. 2. Frasa HASIL LAUT KERING tidak dapat menerangkan maksud hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. Hal ini perlu diterangkan dalam frasa yang lebih jelas seperti hasil laut yang dikeringkan. 3. Frasa JERUK MADU PAK ALI menerangkan maksud jeruk madu milik Pak Ali. Mana mungkin frasa tersebut menerangkan maksud jeruk milik isteri-isteri Pak Ali kerana jika mengikut frasa "Jeruk Madu Pak Ali", Pak Ali yang bermadu (bersalahan dari aspek bahasa dan syarak). | Tatabahasa | 02.12.2014 |
Maksud Perkataan "Selalu" - adakah bermaksud kerap atau boleh dimaksudkan sebagai "hari-hari" | Merujuk kepada Kamus Dewan, "Selalu" ditakrifkan sebagai : sentiasa, selamanya, sepanjang masa. "Selalu juga ditakrifkan sebagai seluruh, semua, terus dan langsung. jadi, ayat yang dibina, perlulah mengikut konteks. | Tatabahasa | 28.11.2007 |
Sering dan selalu digolongan kata tugas, oleh sebab kata tugas mengandungi pelbagai jenis kata, saya pohon tuan nyatakan 'sering dan selalu' termasuk dalam jenis kata yana mana satu. Terima karih | Sering dan selalu dikategorikan dalam kata bantu yang hadir sebelum frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 258. | Tatabahasa | 29.04.2010 |
Tuan, antara ayat di bawah yang mana salah? 1. Mereka bersenam selalu di padang. 2. Mereka bersenam di padang selalu. | Ayat kedua salah kerana kata adverba (selalu) boleh hadir selepas atau sebelum kata kerja seperti dalam ayat pertama. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
yang manakah betul: 1) selalu bertanya khabar kepada datuk dan nenek 2) selalu bertanya khabar dengan datuk dan nenek 3) jika 1) dan 2) salah, minta pihak dbp beri ayat yang gramatis Terima kasih. | Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah (1) Selalu bertanya khabar kepada datuk dan nenek. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 22.04.2019 |
Tuan, ayat yang mana satu betul? 1) Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. 2) Encik Ong selalu membelikan barang-barang kemas untuk isterinya. | Ayat yang gramatis ialah Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. | Tatabahasa | 14.06.2012 |
tanda koma perlu diletakkan dalam ayat di bawah atau tidak? 1a. Kamu selalu membuli saya, mengapa?" tanya Gani kepada Anuka. atau 1b. "Kamu selalu membulu saya mengapa?" tanya Gani kepada Anuka. atau 1a betul atau ayat 1b betul? mengapa? tq | 1a. "Kamu selalu membuli saya, mengapa?", tanya Gani kepada Anuka. (Ayat 1a betul sebagai ayat dialog) atau Mengapa kamu selalu membuli saya?, tanya Gani kepada Anuka. | Lain-lain | 25.04.2011 |
Julia selalu berlatih badminton di gelanggang. Betul? | Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 17.05.2015 |
JOhn selalu membantu saya sekiranya saya tidak memahami pelajaran diajar oleh guru. Ayat ini betul? | Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 17.05.2015 |
Saya selalu keliru dengan kaedah ttransliterasi BM-B.Arab. Bagaimanakah cara mengeja perkataan jama'i (beramai-ramai) yang betul? jamai jama'i jamaie (kami gunakan yg ini) jamaei Bagaimana pula dgn yg ini? jamaiyah jama'iah jama'iyah jama'iyyah | Berdasarkan pedoman transiliterasi ejaannya ialah "jama'iyah". Transliterasi Arab - Rumi digunakan untuk mengeja perkataan Arab yang digunakan dalam wacana bahasa Melayu. Lazimnya perkataan ini digunakan dalam konteks khusus seperti belajar bahasa Arab, manakala dalam ungkapan umum terjemahan perkataan tersebut yang telah diterima pakai digunakan, iaitu beramai-ramai. | Ejaan | 16.07.2014 |