Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tetak mengkuang umbutnya kayu, Sekali tetak sekali mencandak; Orang perempuan sungguh tak malu, Sekali hendak sekali tak hendak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tebang puan pangkal Jeddah, Sekali tebang sekali tumbuh; Kalau tuan cakap tak sudah, Sekali hendak sekali tak ambuh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang laut mengambil kerang, Orang kompeni memegang senapang; Sekali gelap sekali terang, Bintang tabur hari nak siang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Celagi manis celagi masam, Buah kelapa atas pintu; Sekali manis sekali masam, Zaman sekarang tidak begitu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Layang-layang bertali besi, Tanam selasih muka pintu; Sekali sayang sekali benci, Orang kasih memang begitu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa merah dalam padi, Buah ciku dengan bedak; Apa dimarah pada kami, Sekali marah sekali tidak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tuk Merah ke tepi paya, Jangan ceku buat pepedak; Mengapa abang marahkan saya, Sekali tegur sekali tidak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baru sekali menebas lalang, Kaki luka tertikam duri; Baru sekali tuan dipandang, Cinta sudah melekat di hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baru sekali pergi ke pekan, Orang membeli bunga sekuntum; Baru sekali saya berpesan, Saya berpesan suruh berpantun.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...