Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga.

Takrif

Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. lelar = berulang-ulang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Takrif

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting.

Takrif

Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Takrif

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sekali air besar, sekali tepian beranjak (= beralih).

Takrif

Apabila pembesar atau pemerintahan berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga. (Bandingkan dengan: Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat.

Takrif

Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.

Takrif

Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba.

Takrif

Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera.

Takrif

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.

Takrif

Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.



Lihat selanjutnya...