Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sedikit minta sedikit, Tidak boleh dikasi banyak; Ada rumah di kaki bukit, Berhibur hati orang banyak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang dewa membuang dewi, Sedikit kapur banyak gambir; Banyak bohong buat sendiri, Sedikit tutur banyak sindir.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang Serani Cina ulaman, Sedikit tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Sedikit tidak berubah hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang Serani Cina ulaman, Sedikit tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Sedikit tidak berubah hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam gelas; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit tidak berbalas.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam cangkir; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit di hujung bibir.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lenggang-lenggang si kuih lenggang, Lenggang sedikit dalam kuali; Emak melarang bapa melarang, Larang sedikit tidak peduli.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ayam hutan terbang ke hutan, Sangkut sedikit kerana duri; Adik bukan abang pun bukan, Sangkut sedikit kerana budi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Elok sungguh dangau di padang, Cacat sedikit bumbungnya lentik; Elok sungguh tunang cik abang, Cacat sedikit punggungnya lentik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Daun baru layu digenggam, Si baju kuning makan sedikit; Ini baru nasi jerang, Makan sedikit terasa pahit.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...