Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit.

Takrif

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain.

Takrif

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Habis cupak dari pelelehan.

Takrif

Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. pelelehan (leleh) = tiris, bocor.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sedikit kerja, banyak berantun.

Takrif

Orang pemalas lebih suka bersolek daripada bersusah payah. berantun = bersolek, berhias.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah.

Takrif

Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Banyak habis, sedikit sedang.

Takrif

Tentang membelanjakan wang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas.

Takrif

Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana kedidi: sedikit hujan banyak bermain.

Takrif

Suka membesar-besarkan perkara yang kecil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain.

Takrif

Orang yang malas, uzur sedikit dikatakan banyak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sedikit hujan banyak yang basah.

Takrif

Kecelakaan kecil membawa akibat yang besar; pengetahuan sedikit tetapi cakap besar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...