Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sedikit minta sedikit, Tidak boleh dikasi banyak; Ada rumah di kaki bukit, Berhibur hati orang banyak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Boleh saja makan sedikit, Walau sedikit membawa kenyang; Kasih hamba bukan penyakit, Kalaupun sakit kerana abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walau sedikit temu tuan, Berlebih juga dari jerami; Walau sedikit ilmu tuan, Berlebih juga dari kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak orang pandai berkitab, Sedikit orang pandai bersyair; Banyak orang pandai bercakap, Sedikit orang pandai berfikir.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang dewa membuang dewi, Sedikit kapur banyak gambir; Banyak bohong buat sendiri, Sedikit tutur banyak sindir.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang Serani Cina ulaman, Sedikit tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Sedikit tidak berubah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ujung tiang diberi tanggam, Pecah sedikit tiangnya miring; Untung malang menjadi imam, Salah sedikit orang pun bising.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Eloklah elok merendang cendawan, Basah sedikit rendam sekali; Elok-elok menenggang kawan, Salah sedikit jangan peduli.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam gelas; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit tidak berbalas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam cangkir; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit di hujung bibir.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.



Lihat selanjutnya...