Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya.

Takrif

Waktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung.

Takrif

Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.

Takrif

Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membasahkan garam sendiri.

Takrif

Menolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat. (Bandingkan dengan: Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Salangkan tak hujan becak, inikan pula hujan.

Takrif

Sedangkan tidak melakukan kejahatan telah dituduh, apatah pula kalau benar-benar melakukannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak hujan lagi lecah, inikan pula hujan.

Takrif

Sedangkan pekerjaan yang senang lagi tidak sanggup dikerjakan, apatah pula pekerjaan yang susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Periuk mengumpat belanga.

Takrif

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Singkat diulas, panjang dikerat.

Takrif

Yang kurang hendaklah ditambah, sedangkan yang lebih hendaklah dikurangi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kuali mengatakan belanga hitam.

Takrif

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kata periuk belanga hitam.

Takrif

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuali mengatakan belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Padang lampung berbambu perindu,
     Kuini cempedak tumbuh melata;
Sedangkan sekampung hatiku rindu,
     Inikan pula jauh di mata.



Lihat selanjutnya...