Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
NOMBOR NISBAH

Nombor nisbah ialah sebarang nombor yang

boleh dinyatakan dalam bentuk a/b , iaitu a ialah

sebarang integer dan b ialah sebarang integer

kecuali sifar. Integer ialah nombor bulat yang lebih

besar daripada, kurang daripada, atau bersamaan

sifar. Nombor nisbah termasuk nombor positif

seperti 3/4 dan 2/3 dan nombor negatif seperti - 1/3 dan - 5/2 .

UMUM
SENJATA NUCLEAR

Senjata nuklear ialah sebarang senjata yang

memperoleh kuasa pemusnahnya daripada

perubahan jirim dalam atom menjadi tenaga.

Semua senjata nuklear ialah peranti letupan. Ini

termasuk misil berpandu, bom, peluru meriam,

periuk api, dan torpedo. Senjata nuklear yang

paling bertenaga lebih memusnahkan berbanding

sebarang senjata konvensional (bukan nuklear).

UMUM
OKTAHEDRON

Oktahedron ialah sebarang rajah pepejal dengan

lapan muka. Ia adalah sejenis polihedron (rajah

pepejal dengan pelbagai muka). Muka oktahedron

tidak semestinya berbentuk sama. Sesetengahnya

mungkin segitiga dan terdapat jenis poligon yang lain.

Pelbagai jenis oktahedron yang dikenali sebagai

oktahedron sekata ialah polihedron cembung

dengan kelapan-lapan mukanya bersamaan pada

sebarang segitiga sama sisi.

UMUM
PERLEMBAGAAN BRITISH

Perlembagaan British ialah rangka kerja

kerajaan dan undang-undang Great Britain.

Perlembagaan ini tidak dinyatakan dalam

sebarang dokumen tetapi terdiri daripada

beberapa piagam yang berasingan, akta parlimen,

keputusan undang-undang, dan adat. Mengikut

undang-undang, Parlimen ialah institusi yang

paling tinggi kedudukannya dan ia boleh

mengubah sebarang peruntukan perlembagaan.

Tetapi, mengikut tradisi, terdapat beberapa

perkara yang tidak dapat diubah oleh parlimen.

Misalnya, rakyat dilindungi daripada sebarang

pemenjaraan yang tidak sah berasaskan writ of

habeas corpus , yang bertarikh dari tahun 1200-an

(lihat Habeas corpus ).

UMUM
MINYAK

Minyak. Sebarang bahan bergris yang tidak larut

dalam air tetapi boleh dilarutkan dalam eter

dikelaskan sebagai minyak. Terdapat pelbagai jenis

minyak. Kebanyakannya lebih ringan daripada air

dan menjadi cecair pada suhu bilik. Beberapa

contoh minyak yang lain, seperti lemak haiwan dan

lemak mentega, beku pada suhu bilik.

UMUM
RACUN

Racun ialah sebarang bahan yang boleh

membunuh atau menyebabkan kesakitan kepada

benda hidup. Ia memasuki badan dengan cara

menelan, menyedut baunya, suntikan dan diserap

oleh membran kulit. Kajian tentang racun dikenali

sebagai toksikologi, dan banyaknya racun disebut

toksin.

UMUM
REPUBLIK

Republik ialah sebarang bentuk kerajaan yang

mempunyai seorang pemimpin atau beberapa

pemimpin yang dilantik dalam tempoh pelantikan

yang tertentu. Perkataan republik juga merujuk

sesebuah negara yang mempunyai bentuk kerajaan

yang dilantik.

UMUM
REKREASI

Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan

secara sukarela untuk keseronokan peribadi,

bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti

ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau

waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat

dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan

daripada rutin bekerja atau kerja sekolah.

UMUM
OLIGARKI

Oligarki adalah sebarang jenis kerajaan yang

kuasanya dipegang oleh beberapa orang sahaja.

Oligarki boleh didapati dalam beberapa bentuk.

Sesebuah republik mungkin merupakan oligarki

jika hanya segelintir orang yang mempunyai hak

mengundi. Sesebuah aristokrasi, yang

pemerintahnya datang daripada anggota komuniti

yang terbaik, juga merupakan satu bentuk

oligarki (lihat Aristokrasi). Dalam kebanyakan

oligarki, kumpulan yang memerintah mempunyai

kuasa melalui kekayaan atau kuasa tentera.

UMUM
OPIAT

Opiat ialah sebarang ubat yang diperbuat

daripada candu atau yang mengandungi candu.

Candu ialah bahan seperti susu yang kering yang

diperoleh daripada kulit biji pokok popi opium

yang muda. Morfin dan kodeina ialah opiat yang

digunakan kerana ciri penyembuhannya. Ubat-

ubat ini bersifat analgesia (penahan sakit). Doktor

mempreskripsikannya terutamanya kepada orang

yang mengalami sakit teruk. Opiat digunakan juga

untuk mengawal batuk dan cirit-birit yang teruk.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebarang

Puisi
 

Bukan lada sebarang lada,
     Lada burung dari seberang;
Bukan janda sebarang janda,
     Janda baru beranak seorang.



Lihat selanjutnya...