Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat.

Takrif

Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat.

Takrif

Bekerja dengan tidak menurut peraturan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau tiada padi sebarang kerja tak jadi.

Takrif

Kalau tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama lanyau di air, sebarang tertadung menjadikan daki.

Takrif

Perbuatan yang jahat, kalau dikerjakan tentu diterima akibatnya. lanyau = lumpur; tadung = sandung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Keris panjang berkeluk, ke mana bawa ke mana olok.

Takrif

Orang yang dapat digunakan untuk sebarang maksud; anak muda yang 'dimakan' pakaian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebarang

Puisi
 

Bukan lada sebarang lada,
     Lada burung dari seberang;
Bukan janda sebarang janda,
     Janda baru beranak seorang.



Lihat selanjutnya...