Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan dedak sebarang dedak, Dedak seberang laut jati; Bukan budak sebarang budak, Budak ini berani mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan lada sebarang lada, Lada burung dari seberang; Bukan janda sebarang janda, Janda baru beranak seorang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan kuda sebarang kuda, Kuda sudah biasa bermain; Bukan muda sebarang muda, Muda sudah biasa bermain.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan asam sebarang asam, Asam kandis dari seberang; Bukan hitam sebarang hitam, Tidak puas mata memandang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Angin bukan sebarang angin, Angin menyusur daun kayu; Nyanyi bukan sebarang nyanyi, Nyanyi menghibur hatiku rindu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan asam sebarang asam, Asam melilit di tanah raja; Bukan masam sebarang masam, Masam sebelum ditegur sapa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang di pohon dedap; Bukan sembah sebarang sembah, Sembah saya mohon bercakap.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di ranting kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang menyambut pengantin baru.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di pohon kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang jemput kerana malu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kentang bukan sebarang kentang, Kentang di pokok masak kari; Datang bukan sebarang datang, Datang memupuk hajat di hati.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebarang

Puisi
 

Bukan lada sebarang lada,
     Lada burung dari seberang;
Bukan janda sebarang janda,
     Janda baru beranak seorang.



Lihat selanjutnya...