Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Perahu bukan sebarang-barang, Tiangnya patah diterpa angin; Malunya bukan alang kepalang, Sedang nikah tersimbah kain.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang membeli sebarang pisau, Panjang sejengkal jadi senjata; Abang seperti orang mengigau, Hilanglah akal habis bicara.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan makan sebarang saja, Ada yang busuk ada yang mentah; Jangan tuan memandang rupa, Rupaku buruk tidak semenggah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan padi sebarang padi, Padi ditabur menjadi lalang; Buah hati sekeping hati, Hati rindu denganmu abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah sebarang buah, Buah kemiri pelazat sayur; Bukan tua sebarang tua, Tua lelaki urat tak kendur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bukan pilih sebarang pilih, Pilihan mengganti guru bahasa; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih bersemai antara bangsa.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Bukan keranji sebarang keranji, Keranji dari Teluk Meranti; Bukan janji sebarang janji, Janjidiikat sehidup semati;Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Bukan kota sebarang kota, Kota Pontianak jiran semenda; Bukan bicara sebarang bicara, Bicara pertermuan ayah bonda.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Bukan palu sebarang palu, Palu besi bergagang tujuh; Bukan pilu sebarang pilu, Pilu menanti orang yang jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan sirih sebarang sirih, Sirih berlipat bunga rampai; Bukan sedih sebarang sedih, Sedih mengingat kita berceraiKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebarang

Puisi
 

Bukan lada sebarang lada,
     Lada burung dari seberang;
Bukan janda sebarang janda,
     Janda baru beranak seorang.



Lihat selanjutnya...