Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
collagenSebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm.
bacteriophageSebarang virus yang menjangkiti sel bakteria yang setiap satunya mempunyai julat penghunian yang kecil. Saiz kepalanya ialah 40 nm, lebar badannya ialah 13 nm dan panjang ekornya ialah 100 nm. Sinonim faj.
coherence lengthJarak berkesan sebarang gangguan setempat yang dapat tersebar dalam bahan superkonduktor. Jarak ini merupakan dimensi untuk pasangan elektron yang dikenali sebagai pasangan Cooper. Jarak ini adalah dalam julat 2 nm - 10(2) nm.
metastableKeadaan sistem yang kestabilannya mudah terganggu. Sebarang gangguan kecil akan menyebabkan sistem yang berada dalam keadaan metastabil membebaskan tenaga untuk mencapai keadaan yang mantap. Jangka hayat metastabil ialah 10(2) - 10(3) lebih panjang daripada sistem yang tidak stabil.
self-assemblyPrinsip asas untuk menghasilkan susunan suatu struktur pada sebarang skala meliputi sistem molekul. Prinsip ini merujuk kepada penyusunan molekul tanpa pengaruh luar. Contohnya, polimer yang rumit mempunyai kemampuan untuk menyusun sendiri struktur gelungan rawak kepada struktur yang lebih stabil. Swapasang berlaku secara spontan dalam alam tabii, terutama dalam sistem biologi. Contohnya, swapasang membran dwilapisan lipid dalam sel.
atomic scattering factorPengukuran serakan amplitud gelombang oleh atom terpencil iaitu atom yang tidak mempunyai sebarang ikatan dengan atom lain. Faktor serakan bergantung pada jenis amplitud serakan oleh atom, pada sudut Bragg dan jenis sinaran yang terlibat biasanya ialah sinar-X, elektron atau neutron.
photodynamic theraphyTerapi bagi rawatan kanser yang melibatkan tiga komponen utama, iaitu pefotopeka, cahaya dan molekul oksigen. Pefotopeka ialah sebatian kimia yang dapat teruja oleh cahaya pada frekuensi tertentu, biasanya cahaya tampak atau inframerah dekat. Apabila pefotopeka berada berdekatan dengan molekul oksigen, tenaga akan dipindahkan dan menghasilkan molekul oksigen berkeadaan singlet. Oksigen singlet ialah bahan kimia yang agresif dan bertindak cepat dengan sebarang sel kanser.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebarang

Puisi
 

Bukan lada sebarang lada,
     Lada burung dari seberang;
Bukan janda sebarang janda,
     Janda baru beranak seorang.



Lihat selanjutnya...