Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Yang mana betul: 1) sebarang buku atau 2) sebarang buku-buku? Bolehkah kita gunakan kata berganda selepas perkataan "sebarang"? Terima kasih.Sebarang buku sahaja memadai, tidak perlu digandakan. Sebarang di sini bermaksud "mana-mana" atau dalam bahasa Inggeris "any".Tatabahasa07.01.2010
Yang mana betul: 1) sebarang ubat atau 2) sebarang ubat-ubatan? Jika kita tidak boleh gunakan "sebarang ubat-ubatan" harap dapat berikan penjelasan. Terima kasih.Sebarang ubat sahaja memadai, tidak perlu digandakan.Tatabahasa07.01.2010
sebarang artikel mengenai impak penggunaan english dalam subjek sains dan matematik kepada bahasa, budaya dll. segala informasi amatlah dihargaiSila rujuk bahan ini : 1. Penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik: mengapa patut ditolak Awang Sariyan Dewan Bahasa 01/08/2002. 2. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik - Pelita Bahasa 01/07/2002 3. Forum Penggunaan Bahasa Inggeris Mawar Shafei Pelita Bahasa 01/04/1995Lain-lain31.07.2007
Adakah perkataan "sebarang" dan "sembarang" mempunyai penggunaan yang sama? Adakah penggunaan kedua-dua perkataan ini tepat dalam ayat-ayat di bawah? 1. Kerajaan tidak akan memperkenalkan sebarang/sembarang cukai baharu pada tahun ini. 2. Masyarakat tidak dibenarkan untuk menyebarkan sebarang/sembarang maklumat yang boleh menggugat ketenteraman awam.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sebarang bermaksud
a) bukan yang biasa sahaja;
b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain);
c) bukan apa-apa; sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu. 

Manakala sembarang pula bermaksud apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; juga bermaksud sebarang.

Oleh itu, dalam ayat ini tidak perlu digunakan perkataan "sebarang" atau "sembarang".

Ayat yang tepat: 
1. Kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baharu pada tahun ini.
2. Masyarakat tidak dibenarkan untuk menyebarkan maklumat yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Lain-lain09.09.2021
saudara, bolehkah sekiranya saya ingin menghantar sebarang karya kepada sebarang majalah terbitan DBP hanya melalui e- mail?Karya boleh dihantar melalui e-mel. Alamat e-mel editor ada dalam majalah.Lain-lain27.10.2007
Assalamualaikum. Mohon semak: PEMBERITAHUAN SILA LETAK KERETA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN TERHADAP KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN SEBARANG KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM Terima kasih.

Waalaikummussalam..

PEMBERITAHUAN:
 
SILA LETAK KENDERAAN ANDA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM.

YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM.

Tatabahasa07.12.2012
Mohon pihak DBP berikan jawapan untuk mengelakkan kekeliruan. Ayat & perkataan manakah yang betul? 1. bicara bukan SEBARANG bicara 2. dia bukan orang SEMBARANGAN Saya keliru untuk menggunakan perkataan SEBARANG, SEBARANGAN, SEMBARANG & SEMBARANGAN.Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu; sembarang bermaksud  apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; juga bermaksud sebarang; dan sembarangan bermaksud tidak dengan usul periksa; dengan begitu saja; tidak dengan pilih-pilih lagi. Berdasarkan maksud yang diberikan kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa07.01.2011
Apakah maksud pantun ini yang di bawahApakah belaku dan kejadian sesuai menggunakan pantun ini Tutup bukan sebarang tutup,Tutup kuali dari tembagaHidup bukan sebarang hidup,Hidup berbudi matanya mulia.Untuk makluman saudari, maksud pantun terkandung dalam baris ketiga dan keempat, iaitu Hidup bukan sebarang hidup, Hidup berbudi matanya mulia. Pantun bukan seperti peribahasa ada maksud yang standard. Berdasarkan pemahaman kami frasa Hidup bukan sebarang hidup,Hidup berbudi matanya mulia, bermaksud dalam kehidupan yang sebenarnya orang yang berbudi dipandang mulia.Makna01.07.2021
Adakah sebarang pertandingan, kursus, sesi dialog,latihan dan seumpanya diadakan pada masa ini?Kursus dan latihan dalam jabatan dikhususkan untuk staf DBP manakala pertandingan yang melibatkan penulisan bahasa dan sastera biasa nya disiarkan dalam akhbar tempatan.Sesi dialog tidak diadakan pada masa ini.Terima kasih.   Lain-lain09.01.2008
Adakah wujud sebarang perbezaan antara "Pasti" dan "Mesti" dari segi yang lebih terperinci? Mohon penjelasan.

Bunyi perkataan ini seakan-akan sama, tetapi maknanya lain sama sekali. Demikianlah kesimpulan yang dapat dibuat  tentang kata mesti dan pasti. Namun   demikian, dalam   penggunaan   masyarakat umum, sering kali keliru tentang penggunaan kedua-dua perkataan ini.

Kata mesti bererti "wajib" atau "patut dilakukan". Dalam tatabahasa, kata ini tergolong dalam kata bantu ragam yang menyertai kata kerja. Sebaliknya, kata pasti  bererti "tentu" dan  tergolong dalam  kata adjektif. Contoh penggunaan kata mesti yang betul ialah:

  1.  Setiap anak mesti menghormati ibu bapanya.
  2.  Kamu mesti menyerahkan barang yang kamu temukan itu kepada polis.
  3.  Para pemohon jawatan ini mesti lulus Bahasa Melayu sekurang­-kurangnya dengan kepujian.
  4.  Budi yang baik mestilah dibalas baik juga.

(Semua ayat di atas menekankan makna "wajib".)

Penggunaan yang tepat bagi kata pasti adalah seperti yang berikut:

  1.  Jika tidak ada aral apa-apa, saya pasti hadir.
  2.  Orang yang berusaha dengan izin Allah pasti berjaya.
  3.  Setiap penulis pasti akan diberi sagu hati atau  royalti.
  4.  Di pasar raya, pqsti ada barang yang kamu cari itu.

 (Semua ayat  di atas menekankan  makna  "tentu")

 

 

Tatabahasa13.11.2020
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebarang

Puisi
 

Bukan lada sebarang lada,
     Lada burung dari seberang;
Bukan janda sebarang janda,
     Janda baru beranak seorang.



Lihat selanjutnya...