Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu.

Takrif

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seembus (sehembus) naik, seembus (sehembus) turun.

Takrif

Sudah satu-satu nafasnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tohor-tohor sealahan.

Takrif

Tiap-tiap kerja atau rundingan hendaklah diselesaikan satu-satu dulu, sebelum pindah mengerjakan atau merundingkan yang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Satu sangkar dua burung.

Takrif

Dua orang perempuan yang menyukai seorang lelaki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Satu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka.

Takrif

Sesuatu perkara yang tak dapat dirahsiakan lagi; berbagai-bagai macam jalan dan usaha mencari rezeki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Satu nyawa dua badan.

Takrif

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Satu juga gendang berbunyi.

Takrif

Selalu sama saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Satu ditetak, sepuluh rebah.

Takrif

Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biduk satu nakhoda dua.

Takrif

Perempuan yang menduakan suami; suatu pekerjaan dua kepalanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kapal satu nakhoda dua.

Takrif

Suatu pekerjaan yang dikepalai dua orang, alamatlah akan rosak pekerjaan itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
417

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...