Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sama-sama mandi ke laut, Mandi ke laut bergoyang pasu; Alang-alang mati berebut, Sama-sama berundur nafsu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jangan tuan mengail tenggiri, Sama-sama mengail sembilang; Jangan tuan menghina diri, Sama-sama dagang terbuang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sama tengah pohon mengkudu, Anak Cina menjual kain; Sama-sama menanggung rindu, Hati tidak pada yang lain.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Saya berkuda tuan berkuda, Sama berjalan di tanah rata; Tuan mengenang saya bercinta, Sama-sama menahan rasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kiri jalan kanan jalan, Sama tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Banyak padi bunga di hujung, Sama-sama di atas papan; Habis dunia sudah kukeliling, Baru bertemu dengan tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jikalau mandi bersama mandi, Sama seceduk sama sepapan; Jikalau mati bersama mati, Sama setiang sama sekapan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mengail Sungai Dua, Umpan pucuk keledek; Tua samalah tua, Sama-sama mencincang gobek.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Di sana ramai anak baiduri, Duduk bermain di tepi kolam; Sama-sama berjaga diri, Kita bertunang selama enam bulan.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama

Puisi
 

Jangan tuan mengail tenggiri,
     Sama-sama mengail sembilang;
Jangan tuan menghina diri,
     Sama-sama dagang terbuang.



Lihat selanjutnya...