Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang.

Takrif

Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah.

Takrif

Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertemu mura dengan tedung.

Takrif

Sama-sama pandai dan sama-sama kuat. mura = ular yang sangat bisa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.

Takrif

Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.

Takrif

Sama-sama ikut bertanggungjawab.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berat sepikul, ringan sejinjing.

Takrif

Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Ringan sama menjinjing, berat sama memikul).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ringan sama menjinjing, berat sama memikul.

Takrif

Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Berat sepikul, ringan sejinjing).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Takrif

Suka duka sama-sama ditanggung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.

Takrif

Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air.

Takrif

Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama

Puisi
 

Jangan tuan mengail tenggiri,
     Sama-sama mengail sembilang;
Jangan tuan menghina diri,
     Sama-sama dagang terbuang.



Lihat selanjutnya...