Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah tanda baca koma beserta elipsis dalam ayat di bawah ini betul? "Segala gaya indah, hodoh, berpeluh,... kita sama-sama sudah nampak." | Cara penulisan elipsis dalam ayat tersebut ialah: "Segala gaya indah, hodoh, berpeluh ... kita sama-sama sudah nampak." (perlu ada jarak sebelum dan selepas titik elipsis, tidak perlu tanda koma)
| Ejaan | 16.05.2024 |
Dalam konteks e-commerce, penterjemahan yang mana paling sesuai digunakan untuk 'SIMILAR'. Similar disini merujuk kepada mencari produk yang sama. - Sama - Serupa | Terjemahan perkataan bahasa Inggeris, similar dalam bidang e-dagang dalam bahasa Melayu ialah sama ada sama atau serupa. Kedua-duanya boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama. Sama - tidak ada bezanya, serupa saja Serupa - sama jenisnya atau sama rupanya | Makna | 04.01.2022 |
Terima Kasih | Sama-sama. | Lain-lain | 03.06.2020 |
Salam sejahtera. Saya ingin menanyakan maksud peribahasa berikut. - Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi Adakah peribahasa ini membawa maksud 'Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab.' Terima Kasih. | Maksud peribahasa “Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi” ialah cinta kasih yang tidak berbalas atau cinta kasih yang hanya datang daripada sebelah pihak saja. | Sastera | 26.07.2022 |
Kami datang ke sini bersama. Kami datang ke sini bersama-sama. Dua- dua sama maksud ke? | Kedua-dua ayat "Kami datang ke sini bersama" dan "Kami datang ke sini bersama-sama" mentakrifkan bahawa kata "bersama-sama" dan "bersama" pada asasnya mempunyai makna yang sama. | Makna | 20.05.2023 |
Selamat sejahtera, 1.Mereka menyiapkan tugasan seni bersama-sama. 2.Mereka bersama-sama menyiapkan tugasan seni. (Kedua-dua ayat di atas betul ?) Terima kasih. | Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, yang betul ialah Mereka bersama-sama menyiapkan tugasan seni. | Lain-lain | 13.06.2022 |
Apakah maksud frasa "antara satu sama lain" secara lebih terperinci ? Bolehkah tuan/puan memberikan beberapa contoh penggunaan frasa ini dalam ayat ? | Untuk makluman, frasa “antara satu sama lain” sama seperti frasa “antara satu dengan yang lain” yang membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, antara kedua-dua frasa tersebut, frasa yang betul ialah “antara satu dengan yang lain”. Manakala frasa “antara satu sama lain” pula, penggunaannya telah meluas dalam kalangan pengguna bahasa. Kata “antara” dalam kedua-dua frasa tersebut berfungsi sebagai kata sendi nama yang menunjukkan “perbandingan”. Contoh dalam ayat: 1. Mata mereka bertatapan antara satu sama lain. 2. Rakyat Malaysia saling menghormati antara satu dengan yang lain. | Tatabahasa | 29.07.2020 |
Apakah istilah BM bagi 'intrapreneurship'? Di dalam PRPM, istilah nya ialah 'usaha sama',tetapi apakah beza 'usaha sama' untuk 'intrapreneurship' dengan 'usaha sama' yang membawa maksud 'joint-venture'? Terima kasih. | Berdasarkan Istilah Bahasa Melayu, Maksud intrapreneurship ialah "usaha sama" yang yang merujuk kepada "proses penginovasian dalam organisasi yang sedia ada" manakala joint venture pula bermaksud "usaha sama" (bidang pengurusan) yang merujuk kepada "salah satu bentuk perikatan strategik yang melibatkan dua atau lebih organisasi dalam menubuhkan satu entiti korporat bagi tujuan perkongsian sumber dan keupayaan untuk menjana kelebihan dalam persaingan. Setiap organisasi yang terbabit perlu bersetuju atas peratusan pemilikan hak perniagaan yang akan menentukan kadar pembahagian untung rugi operasi." | Makna | 07.09.2022 |
Sama ada perkataan "maintenance" boleh diterjemahkan sebagai "sara hidup" selain daripada "nafkah" | Merujuk Kamus Bahasa Inggeris-Melayu Dewan, perkataan “maintenance” juga bermaksud “menangggung” (tindakan menyokong dengan makanan, wang). Namun maksud perkataan juga bergantung pada kesesuaian bidang dan konteks penggunaan dalam ayat. Perkataan “Maintenance” yang merujuk “sara hidup” merupakan bahasa kolokial/bahasa percakapan. | Makna | 19.12.2022 |
sama ada perkataan pay slip boleh diterjemahkan sebagai penyata pendapatan | Kami mencadangkan pay slip dipadankan dengan 1. Penyata gaji 2. Penyata pendapatan 3. Slip gaji 4. Slip pendapatan Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Lain-lain | 27.08.2021 |