Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rambut ikal gulung di dahi, Khabar pulang bersarung gigi; Rasa tak kekal diam di sini, Akhir pulang ke tempat sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rambut hitam berkilat-kilat, Jatuh ke bantal berlipat-lipat; Tuan laksana air yang lebat, Minum sedikit menjadi ubat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rambut ikal cuma berlicin, Jikalau mandi dibasah jangan; Abang sayang kami miskin, Kalau jadi menyesal jangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Panjang rambut Cik Jelita, Panjang melilit ke tumit kaki; Dengarlah dengar murai cerita, Kapal berlabuh di Tanjung Jati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Panjang rambut Siti Rumilah, Panjang melilit ke tumit kaki; Intan jemara intan terserlah, Intan sebuku jantung hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sisirlah sisir rambut panjang, Lepas disisir disolek bunga; Fikirlah fikir sepanjang-panjang, Datang hujan tidak berguna.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sisir-sisir rambut panjang, Sudah disisir disolek bunga; Fikir-fikir sepanjang-panjang, Sudi menatang kitak berdua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Alang manis buah rambut, Dalam seikat masak sebiji; Alang manis senyuman mulut, Dalam kampung payah kucari.
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,

Puisi
 

Rambut hitam berkilat-kilat,
     Jatuh ke bantal berlipat-lipat;
Tuan laksana air yang lebat,
     Minum sedikit menjadi ubat.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
555

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Rambut sama hitam hati lain-lain.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan banyak rambut sama hitam hati lain-lain.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...