Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rambut sudah dua macam, lagi juga berbanyak ragam.

Takrif

Orang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rambut sudah dua macam (= warnanya).

Takrif

Orang yang sudah setengah umur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan.

Takrif

Tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rambut bapanya sudah pindah ke kepalanya (sendiri).

Takrif

Orang muda yang sudah pandai seperti orang tua-tua; orang muda yang tahu segala buruk dan baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak.

Takrif

Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai rambut dibelah tujuh (= seribu)

Takrif

Sedikit (= kecil) sekali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menarik rambut di dalam tepung.

Takrif

Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bergantung (di) rambut sehelai.

Takrif

Dalam keadaan yang sangat berbahaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dicukur-cukur rambut, tumbuh juga semula.

Takrif

Tabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tali jangan putus, kaitan jangan serkah.

Takrif

Menyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,

Puisi
 

Rambut hitam berkilat-kilat,
     Jatuh ke bantal berlipat-lipat;
Tuan laksana air yang lebat,
     Minum sedikit menjadi ubat.



Lihat selanjutnya...