Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SEPAK RAGA

Sepak raga ialah sejenis permainan tradisional.

Sepak raga dimainkan dengan menggunakan bola

raga yang diperbuat daripada rotan. Mengikut

Sejarah Melayu , permainan ini wujud sejak zaman

Kesultanan Melaka abad ke-15. Permainan ini

bukan sahaja dimainkan oleh rakyat biasa tetapi

juga popular di kalangan para pembesar dan

golongan istana.

UMUM
SEPAK TAKRAWSejenis permaian yang menggunakan bola ragaSUKANTokoh
SUKAN TANAH TINGGI

Sukan tanah tinggi ialah pertandingan olah

raga, pertandingan meniup seruling dan tarian

diadakan setiap tahun di Scotland pada musim

bunga. Sukan ini juga dikenali sebagai Perjumpaan

Tanah Tinggi. Peserta-peserta datang dari semua

daerah di Scotland, berpakaian seperti orang Tartan

(lihat Tartan).

UMUM
KISAR

KISAR, alat untuk mengisar padi dan tepung. Kisar atau pengisar padi diperbuat daripada buluh yang dianyam dan di dalamnya diisi dengan tanah liat. Tapaknya diperbuat daripada dua batang kayu berukuran 72 cm x 7.5 cm x 7.5 cm yang disilangkan dengan paku. Buluh belalai atau buluh duri diraut kecil dan dianyam menjadi dua buah raga yang bergaris pusat 465 cm sebagai kulit kisar. Buluh juga digunakan untuk membuat piring melingkari raga di bahagian bawah, bergaris pusat 78 cm dan tingginya 9 cm. Bakul bahagian bawah yang dianyam, setinggi 54.5 cm diisi dengan tanah liat yang dicampurkan garam. Apabila kering, tanah liat itu menjadi keras seperti simen.

BUDAYAAlat/Alatan
RUMPUT BUATAN

Rumput buatan ialah keluaran buatan kilang

yang kelihatan seperti rumput. Stadium olah raga

menggunakannya sebagai ganti padang rumput.

Kegunaannya yang lain termasuk pengesat kaki,

seni landskap dan patio.

UMUMUmum
DATO' BAHAMAN

DATO BAHAMAN (1838- ?), orang besar Pahang yang menyebelahi Wan Ahmad dalam rebutan kuasa di Pahang pada abad ke-19. Bahaman anak kepada Tuanku Imam Noh dengan Rokiah binti Tuk Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Tuanku Imam Noh dipercayai berasal dari Kampar, Sumatera. Ketika kecil, Bahaman diserahkan kepada Bendahara Pahang, Wan Ali dan dia berkawan dengan Wan Ahmad, putera Bendahara Wan Ali. Bahaman mahir dalam bidang perburuan, bermain gasing, berlaga buah keras dan bermain sepak raga. Bahaman bersama-sama Wan Ahmad menjual ikan dan garam kepada penduduk di Hulu Pahang.

   

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHAMED KHIR JOHARI, TAN SRI

MOHAMED KHIR JOHARI, Tan Sri (1923-      ), ahli politik.  Dia lahir pada 29 Januari 1923 di Alot Setar, Kedah.  Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu.  Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alot Setar pada tahun 1938.  Ketika menuntut di kolej, dia amat aktif dalam sukan dan pernah menulis tentang permainan sepak raga untuk majalah kolej.  Dia memulakan kerjaya sebagai guru.  Setelah itu dia meletak jawatan untuk menceburkan diri dalam politik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raga

Puisi
 

Emak! Emak! Anyam raga,
     Nak mengisi si raga inai;
Emak! Emak! Hantar ke paya,
     Saya nak tengok janda menuai.



Lihat selanjutnya...